Kuih Keria Gula Melaka Yang Jadi Trending Di Media

Kuih Keria Gula Melaka tiba-tiba jadi viral. Ada yang masih mencari resepi kuih keria gula melaka ke? Ummi dah try buat dengan ubi keledek purple, tapi kurang sedap. Kena guna keledek Oren juga baru power. Ada juga yang guna keledek putih.

Kuih Keria Gula Melaka

Ini resepi Kuih Keria Gula Melaka untuk 15 – 20 biji. Masa nak siapkan ambil masa 30-40 minit . Kalau ada Periuk Noxxa mungkin lagi cepat sebab ubi cepat empuk .

Bahan-Bahan Kuih Keria Gula Melaka

Bahan-bahan untuk doh keria:
  • 800 gram ubi keledek oren (dalam 2 ketul besar)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
  • 1/2  ketul gula melaka (ikut saiz dalam seibu jari )
  • 1 sudu besar gula batu
  • 1 sudu besar gula putih (ikut kesesuaian )
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan :

Cara-cara untuk kuih keria:
  1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, lenyek atau tumbuk ubi sehingga halus. Boleh juga tenyeh dengan lesung batu.
  2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan doh kurang melekat. Yang ini kena pandai supaya tak lembik atau terlalu keras.
  3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
  4. Ulang proses sehingga habis.
  5. Panaskan minyak dan  goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan/kekuningan.
  6. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
  1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
  2. Sedia untuk digaul kuih keria

Petua masak Kuih Keria  Oleh  Nina Mirza (Blogger masakan)

Kuih Keria Antarabangsa
Kuih Keria Yang Tengah Viral Sekarang –  Harga mengikut paket RM2.00.

Dah siap boleh hidangkan untuk makan waktu sarapan pagi, atau bila-bila masa sahaja. Kalau area Semenyih atau KL Sentral, boleh order dengan Ummi untuk sebarang majlis jamuan. Boleh berhubung dengan nombor : 017-2538723. Ummi dah bawa ke pejabat bagi kawan-kawan merasa, memang depa suka sangat. Nak lagi katanya . Heheeh best kan Kuih Keria Gula Melaka.

[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-black-border” border_style=”bordered” rounded_corners=”rounded-10″ background_color_class=”otw-orange”]Kuih Keria Gula Melaka Semenyih : 017-253 8723 [/otw_shortcode_info_box]

Nak resepi lain :

Baca Resepi Kuih Keria Gula Melaka gaya Shiqeen Sattar .

Menarik : Kenapa Aku Pilih Tyzara

Posts Tagged with…

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge