Month: January 2017

Pulau Langkawi Bakal Meriah Dengan Pameran LIMA Langkawi 2017

lima langkawi 2017Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa LIMA Langkawi 2017  (LIMA) akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac tahun ini dan dijangka menarik sebanyak 550 syarikat pempamer dari 38 negara.

Sekurang-kurang­nya sebanyak 80 pesawat serta 68 kapal perang dari seluruh dunia dijangka menyertai LIMA 2017. – Sumber utusan

Walaupun kampung Ummi kat Perlis, tapi 30 tahun hidup belum pernah pergi ke LIMA Langkawi. Masa belajar yer la, memang tak ada income, dan sekarang bila dah kerja, kekangan masa menjadi faktor utama.

Tarikh LIMA Langkawi 2017

Tahun ini LIMA Langkawi 2017 jatuh pada 21- 25 March 2017 sempena cuti sekolah. Tapi masa cuti sekolah dah ada majlis kenduri sepupu di Melaka. Kalau ikutkan nak sangat ke Langkawi. Ada juga tengok facebook : Percutian Bajet Langkawi , masih ada kekosongan apartment.

Risau juga nak booking awal, sebab kerja bukan menentu. Huh! Bilalah agaknya dapat kesana. Lagi nak booking hotel boleh juga ke website Traveloka.com. Harga yang ditawarkan juga not bad.

Apa menarik di Langkawi, selain LIMA 2017 ?

Pantai Cenang

Lokasi berehat di waktu malam , pilihan Ummi adalah pantai Cenang. Waktu malam sangat meriah dengan pasar dan juga jualan. Ummi suka jalan-jalan di Pantai Cenang. Dan kalau nak berdua-duaan, boleh duduk di tepi pantai sambil minum kopi. Hehehe ala-ala romantika gitu.

Makam Mahsuri.

Makam mahsuri satu lokasi yang menarik untuk dilawati. Ada pelbagai bentuk rumah lama yang menraik perhatian dan menarik. Jika kena pada waktu masa tiba kat Makam Mahsuri , kita semua berpeluang untuk melihat sendiri cara pembuatan kuih tradisional dan boleh juga belajar mengambil air dari perigi. menarik kan?

Tasik Dayang Bunting

Pemandangan di Tasik Dayang Bunting bukan sahaja menarik tapi di percayai boleh membantu untuk menyuburkan wanita yang susah untuk mengandung. Teringat masa sampai disini,bukan sahaja airnya sejuk. Tapi, rezeki Ummi bila Allah swt nak beri  selepas Ummi balik dari berendam dalam tasik ini Ummi mengandungkan adik Zakkir.

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting, pelancong perlu menaiki bot. Bila sampai di jeti, pelancong kena mendaki bukit untuk sampai ke kawasan tasik. Yang menarik, sepanjang mendaki kita akan berhadapan dengan monyet-monyet yang kegembiraannya melampau. Jadi hati-hati dengan bahan yang di bawa.

Okay, jadi boleh merancang dari sekarang untuk bercuti seempena cuti sekolah tahun 2017. Jadikan Langkawi salah satu destinasi percutian kita sekeluarga. Jom ke LIMA LANGKAWI 2017 .

Bosan tu yang aku sedang rasa

Pernah tak korang rasa bosan? yer lumrah kan kadang rasa fed up, bosan..stress! Tapi sebab apa? Bukan kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi sometime kita nak “rasa” tu sampai dalam hati.. betul tak?

Apalah aku merepek ini!! Pernah tak korang gagal dalam hidup?? Aku nak kata bijak tak, tapi dari darjah 1 sampai sekolah menengah memang akan pastikan duduk kelas nombor 1. Sehinggalah kat universiti, aku pasti nak pointer yang bagus.

Sampai satu tahap, bila aku kena stop apa yang aku impikan, aku redha. Tapi…bila datang satu masa aku stress!! Kenapa aku kena lalui saat ini!

Yer, tahu Allah dah bagi rezeki lain selain apa yang kau nak. Kau nak belajar tak dapat, tapi Allah bagi kau anak. Kau nak jadi diri kau, tapi ada halangan.

Siapa kau? Kenapa banyak sakiti hati sendiri? Tak nak lepaskan ? Serius, sehingga mana jika asyik nak jaga hati orang, kau sendiri yang akan merasa sesuatu. Sampai bila?

Siapa setuju, kadang zaman berubah, banyak kita kena hadapi..ada manis, ada pahit. Uols tak jelous ke tengok kawan-kawan sekelas dah dapat title Dr, Prof.. tapi kalau uols macam aku, masih lagi biasa-biasa, tak rasa bosan ke? Jawab jer sendiri!

Bahagia tu pilihan, yer aku tahu. Sebab tu kadang kala, aku mencari bahagia tu. Aku sibukkan diri dengan rasa bahagia yang aku cipta sendiri. Physcho ke? Yer la, selagi tak dapat apa yang diri sendiri perlukan, atau kemahuan yang masih tak tercapai, nak capai 100% rasa seronok, bahagia bukan mudah. Walaupun terpaksa berperang dengan diri setiap hari.

Nak jadi orang bahagia ni mudah ker? Rahu tak, nak perang dengan monster paling besar bukan jauh, tapi diri sendiri. Uols kadang pernah ke rasa bersendirian? Yer, kalau aku memang pernah. Tambahan disaat perlukan pertolongan orang, tapi tiada siapa disisi.No body!! Hahahaha, baik tak perlu ada sesiapa kat dunia, melainkan diri sendiri, dalam dunia terasing. ergh, tetiba rasa rindu kat arwah ayah. Al fatihah.

Mestilah kita pegang 4 prinsip ini bagi wanita berkerja

Wanita dan kerjaya bukan asing sejak zaman nabi lagi. Siti Khadijah seorang usahawan terulung. Niat jika diizinkan oleh ALLAH swt, teringn nak capai tahap usahawan berjaya. Tapi selagi rezeki yang di tangan sekarang masih membolehkan Ummi untuk membantu keluarga, maka hendaklah di nikmati seadanya. Wanita bekerja kini ada cabaran, sama-sama kita hadapi dengan tenang dan sabar.

Wanita bekerja dan cabaran:

Jika tidak sanggup di marahi dan juga tidak suka menegur maka susah nak berjaya. Oleh sebab itu,  jangan pelik jika wanita yang bekerjaya ini ada satu peel atau satu tabiat iaitu cekap, pantas dan nak semua sempurna.Setiap keputusan yang dibuat , mesti ada sebab. Bukannya “mereka” ini tegas tak bertempat, tapi ada kala personaliti di pejabat itu dah sebati dengan diri. Pelbagai cabaran wanita perlu hadapi, maka ini yang membentuk jiwa orang seperti kami.

Adik-adik yang masih belum melangkah ke alam kerjaya kena set in mind , bila dah masuk alam kerja kena banyak berkorban. Salah satunya jiwa mesti kental. Jika bos marah , bukan kerana bos tak sayang tapi bos sedang mengajar kita untuk jadi lebih hebat dan tabah.

Jika jadi seorang usahawan sekalipun, banyak juga karenah pelanggan yang kita perlu hadapi setiap hari. Jadi, selagi kita bernama manusia dan berurusan dengan manusia maka kena hadapi setiap perilaku mereka.

 

Pesanan Ummi , terhadap kita wanita yang bekerja. Mestilah kita pegang 4 prinsip ini :

Aurat –

Bekerja bukan mermakna kita dibenarkan berfesyen sesuka hati. Tapi bekerja adalah kerana itu sumber rezeki. Rezeki bukan perlu di kejar , tapi rezeki datang bila di jemput. Bila kita jaga aurat, secara tidak langsung ALLAH swt pelihara adab kita dan maruah kita. Di dalam hadith nabi Salallahualaihiwassalam: “Tidaklah ada fitnah yang lebih berat bagi kaum lelaki selepas peninggalanku daripada fitnah wanita.” (Muttafaq Alaih) .

Pergaulan –

Zaman sekarang , kita berkerja pastinya dengan kaun lawan sejenis. Tambahan lagi dalam bidang seperti Ummi. Namun , biar hadith ini menjadi pegangan kita  :

Hadist Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim)

Dengan siapa juga kita bekerja, bos lelaki atau rakan sekerja lelaki, jaga batas pergaulan. Ini juga maruah kita sebagai wanita. Biar kita dianggap sombong , tapi Allah swt sayang. Bukan melawak kosong , bahasa tidak terjaga. Malu orang menilai kita wanita jika kerana pergaulan kita gagal!

Sikap –

Tegas itu penting, bukannya watak manja jadi dambaan.  Wanita memainkan banyak peranan sebagai isteri, anak, ibu, kakak dan lain-lain. Sikap yang baik mestilah kita jadikan ia sebati dengan diri. Jauhi golongan kiri yang suka mengumpat, memfitnah dan juga rakan sekerja yang suka menghabiskan masa. Sikap kita cerminan diri kita yang sebenar. InsyALLAH jika kita wanita yang solehah yang menjaga adab dan sikap yang baik pasti ada cahaya yang Allah swt akan hadiahkan. Beranikan diri mengatakan Tidak jika ada yang tidak bersikap profesional ketika bertemu dengan kita.

Personaliti –

Wanita dimana juga adalah bekerja. Personaliti menarik bukan sahaja untuk bekerja, tapi ingat sedalam-dalamnya bahawa suami paling berhak melihat kecantikkan kita. Biarlah kita cantik dan kemas di mata suami dan di tempat kerja dengan niat kerana Allah swt. Biar gemuk atau kurus tapi masih dalam syariat Allah swt.

Sama-sama kita jaga adab bekerja. InsyaALLAH berkat kerjaya kita dan gaji yang sedikit terasa banyak. InsyaAllah.

 

Penat bila mengejar , tapi tak dapat!

huh! Mai petang baru dapat tarik nafas lega. Sibuk oiii dengan kerja seharian hari ini. Pagi tadi  nak cerita, bangun macam biasa, timing macam dah cantik. Aim 730pagi mesti sampai office. Jadi bangun awal 5.00pagi macam biasa. Along semua dah siap on time. Tunggu subuh jam 6.08pagi…lambat pula subuh pagi ini!.

6.20am hantar anak-anak p rumah pengasuh. Pusing sana sini, patah balik ambil Along , gerak pergi sekolah Along jam 6.30am. Cepat ke cepat buat kerja. Sampai sekolah habis cepat 650pagi.  Settle hantar Along , rempit la dengan Vts 200 ini ke tempat kerja. Kalau kira logik memamng tak sempat nak sampai. Dengan uniform kat pejabat lagii!

Memang laju tak payah nak habaq la.. masa nipula ramai yang pemandu kereta guna lorong kecemasan! Kalau kat Connaught ini, laluan kecemasan untuk motorsikal sahaja!. Tapi ramai tak pedulikan kami penunggang motorsikal ini. Tak boleh nak kejar masa! Jadi stress!

Sampai dekat gate 2, dekat Masjid Negara ingatkan boleh la short cut!!! Argghh sekali lagi , kena touch kad keselamatan dan keluar semula, lalu kat Jalan Tangsi , masuk ikut pintu utama! Masa nak u-turn , orang dah menyanyi lagu Negaraku.

Naik atas , sampai betul-betul kat office jam 8.00am! On time kat office tapi lewat untuk ke perhimpunan! Ini lah cabaran bekerja, bila kena uruskan semua seorang diri. Dah 2 minggu rutin yang sama, tapi hari ini paling ergghh! Siap pakai uniform , pakai motor LC pergi jugaklah kat lokasi perhimpunan. Tapi, duduk kat pancaragam. Apa tidaknya, nak masuk detachment bukan sesuai. Lagilah akan menarik perhatian orang yang i sampai lambat.

Tapi syukur, sempat tulis kehadiran. Kalau tidak tak pasal-pasal kena surat teguran. Kerja ini kena ada disiplin , tapi dalam keadaan nak perang macam ini, tercungap juga. Perang masa!

Kita ni, kadang kena pikir mana keutamaan. Kerja memang la No.1, tapi bagi Ummi selagi tak perang dunia ada perkara ada budi bicara. Jadi, walaupun lambat Allah swt masih bagi peluang untuk tuliskan kehadiran dan terlepas daripada tindakan tatatertib!

Polis Trafik PDRM
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2017. Bagi yang balik bercuti , berhati-hati di jalan raya dan memandu dengan selamat.

Kalau uols la , nak hantar anak sekolah atau biarkan anak ponteng kelas dan terus pergi kerja? Atau ambil tindakan macam Ummi? Utamakan anak dulu, lepas tu kerja? Okaylah, lepas la satu hal pagi tadi. Doakan setiap hari Ummi travel dari rumah ke KL , ambil masa 1 jam perjalanan dan sepanjang itu kami sentiasa dalam lindungan Allah swt dari segala bahaya dan kecelakaan.

Okay OP Selamat dah bermula, berhati-hati ya.  Jadilah Pemandu yang berhemah.

 

Manfaat bermain dengan anak kecil yang Ummi Abah patut tahu

Manfaat bermain dengan anak kecil terlalu banyak.

Bermain boleh beri anak-anak kecergasan dan akal yang sihat. Percaya ? Selain itu, jika kita bagi kebebasan pada anak bermain dan bermain bersama , hasilnya anak jadi lebih akrab dengan ibu ayah. Antara lain, salah satu manfaat bermain dengan anak adalah boleh asah otak anak jadi cerdik dan pintar.

Artikel Menark  : Rahsia Anak Cerdik Dan Pintar

Bila waktu sesuai untuk bermain?

Ramai ibu ayah yang bekerja masih mencari-cari masa nak bermain dengan anak. Walhal, bukan perlu masa yang lama. Antara waktu sesuai bermain dengan anak adalah :

Hujung Minggu:

Waktu hujung minggu ibu ayah wajib untuk cari masa bermain dengan anak-anak pada waktu pagi mahupun petang. Masa waktu pagi, anak-anak masih fresh dan minda mereka boleh menyerap aura positif daripada ibu bapa. Sambil bermain selitkan dengan kata-kata nasihat dan juga sentuhan. Selain aktiviti di taman dan dirumah , ibu ayah boleh luangkan masa bercuti atau  bermain di Bangi Wonderland  Theme Park.

Setiap Malam :

Diakui bila ibu ayah bekerja dan ibu bekerja tanpa pembantu rumah nak bantu uruskan rumah, pasti rasa stress. Jangan begitu, sebab dalam rumah juga boleh bermain. Main masak-masak atau berlakon pergi kedai, atau boleh juga berlakon jadi polis . Anak-anak lain jantina lain ragam, boleh cari kesesuian untuk bermain dengan mereka walaupun 10-15minit.

Anak kecil suka bereksperimen. Jadi bagi Ummi, anak boleh bebas bermain. Biar mereka bermain di tanah mahupun apa juga permukaan yang selamat. Bila anak-anak dibiarkan serasi dengan alam , jiwa mereka pasti mudah dibentuk. Ummi yakin dan percaya, anak-anak yang di biarkan bebas macam layang-layang , lebih cerdik dan mudah untuk meneroka dunia baru. Bila anak-anak dah bermain dengan alam, seperti tanah dan selut, ibu ayah boleh mandikan mereka dengan Cetaphil untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan kuman.

Manfaat bermain dengan anak

Jadi , siapa anak kita masa depan adalah apa yang kita didik hari ini. Selain bermain boleh jadikan anak cerdik, ibu ayah juga boleh latih anak-anak untuk merasa sleamat bersama keluarga. Ikatan kekeluargaan yang utuh mestilah diserap dalam jiwa anak-anak untuk berkasih syaang antara satu sama lain sejak mereka kecil.

Ummi harap, satu hari nanti bukan sahaja anak-anak Ummi berjaya jadi insan yang soleh dan solehah tpai anak-anak kawan-kawan Ummi juga. Jemput follow fb:  Umminani dan instagram Ummi ( www.instagram.com/ummi_nani)  ya. Jumpa lagi .

Wajib Baca Pengurusan Rumah Ibu Bekerja Tanpa Pembantu

Rumah tangga kita dalah syurga dunia kita. Banyak perkatra yang kita perlu uruskan dan yang penting ada maufakat dalam membentuk keluarga. Urus tadbir keluarga bukan pada bahu suami atau isteri, tapi kedua-dua nya. Bagi kami suami isteri yang bekerja, kami ada pembahagian tugas untuk di laksanakan setiap hari. Pengurusan rumah bagi ibu bekerja tanpa pembantu, Ummi akan cerita bagaimana Ummi dengan suami uruskan.

“Ibu Bekerja Tanpa Pembantu” bagaimana nak urus anak?

Milik anak comel seramai 4 orang, usia mereka sebaya amat memerlukan kesabaran. Bayangkan bila nak tidur…semua nak tidur dalam pelukkan Ummi. Terutama yang nombor 2,3, dan 4. Bagaimana nak urus keluarga dengan anak-anak yang ramai ?

Tugas Berasingan Suami dan Isteri

Suami –

Menghantar dan ambil anak sekolah

Hantar anak ke kelas malam

Cuci/sidai dan lipat baju

Isteri –

Memasak

Kemas dapur

Cuci ikan/ dan bahan masakan

Jaga anak , mandikan  dan pastikan dalam keadaan selamat

Bersama –

Mengemas rumah

Melayan anak-anak

Mengajar Al-Quran dan Menghafaz

Ini  Ummi kongsikan bagaimana kami bahagi tugas. Realitinya , masing-masing kena berkorban, bila ada salah seorang yang sibuk dengan tugasan lain, maka seorang lagi perlu bantu.

Selain itu, kami dah pernah pakai pembantu. Memang menyeronokkan, tapi realitinya kita jadi tak effisen dalam pengurusan masa. Banyak berehat dan anak banyak beri pada bibik jaga. Owhh!!! I menyesal okay! Sebab tu anak ke dua , manjanya berlebih daripada yang lain.

Komunikasi Berkesan :

Ummi tekankan dalam membentuk sebuah keluarga yang paling penting adalah komunikasi berkesan. Betul dak? Kalau tak berkesan, itu yang buat perang dunia. Tugas semua atas bahu si suami atau isteri. Kitakan manusia, letih juga tu! Ketua keluarga kena main peranan untuk bimbing anggotanya bersatu. Macam Ummi,  tanpa pembantu rumah kami lebih berdikari. Anak-anak di ajar untuk melakukan kerja rumah. Jadi Ibu Bekerja Tanpa Pembantu pun boleh bahagia . Bila keluarga kecil bersatu hati, saling membantu.

Artikel Berkaitan  : Rahsia Anak Berjaya

Ibu Bekerja Tanpa Pembantu

Bagus ke bagus? Permulaan anak-anak yang hebat bermula daripada ibu bapa yang hebat. Nak anak lelaki jadi ketua yang hebat mestilah bimbing dari awal. Dan anak perlukan penceritaan , kenapa kena buat, apa sebab kena bantu Ummi dengan abah,… dan kita kena cerita semula pada mereka..

“Along, angah , kakak dan adik kena rajin bantu Ummi. Nanti dah jadi dewasa dah nak kahwin mesti la kena tolong isteri Along dengan Angah kan… kesian dia buat kerja sorang-sorang… tengok tu, rajinkan abah tolong Ummi ”  Ayat pujuk yang Ummi selalu guna kat Along dengan Angah.

Kerja berat jadi ringan , walaupun bekerja dan tanpa pembantu! So, kita enjoy dengan our own journey untuk besarkan anak-anak. Ummi boleh besarkan 4 orang anak kecil , mesti ramai lagi ibu bapa hebat boleh lakukan dengan berjaya.. betul kan ?

728x90

Jemput follow instagram Ummi : Ummi_Nani

 

 

 

Jeragat buat muka nampak tua, siapa setuju?

Bila mencecah usia 30an, makin risau dengan kulit wajah yang makin dimamah usia yang kadangkala buat diri rasa tak yakin. Tapi , bila nak cuba buat facial dah takut . Ini semua mind set lepas  kena pada diri sendiri. Kesan facial bukan sahaja merosakkan kulit, tapi buat diri tak yakin nak berhadapan dengan orang.  Jeragat tak dapat nak lari daripada terjadi. Tapi ada cara hilangkan jeragat.

Apa punca Jeragat?

Jeragat muncul biasanya di akhir usia 20an dan Ummi sendiri dapat kesan sejak nak cecah 30an. Ini mungkin akibat daripada terdedah dengan cahaya matahari yang lama pada setiap hari. Ummi ada baca, beberapa faktor lain , seperti pil perancang keluarga, hormon dalaman semasa hamil, terapi penggantian hormon (HRT dan progesteron), keturunan atau riwayat keluarga dengan jeragat,  serta ubat-ubatan lain juga  mempunyai kesan terhadap kulit yang mengalami pigmentasi.

Sejak dulu memang tidak ada memakai produk yang menghakis kulit. Kulit muka normal sahaja. Dan Ummi rasa pilihan untuk terus menggunakan Cosmoderm Luminous Pearl adalah langkah yang betul. Produk ini bukan sahaja selamat, tapi menggunakan konsep, biar lambat asal selamat.

Cuma Ummi paling suka pakai Luminous Pearl Dark Spot Corrector , kesan boleh nampak seawal 3 hari. Memang buat kan kulit rasa bersih. Pakai setiap hari 2 kali dah cukup untuk hilangkannya dengan selamat.

Ada juga yang menasihatkan menggunakan cara alami seperti putih telur, tomato dan madu. Tapi Ummi memang tak menggunakan kaedah alami. Reasonnya, bahan-bahan alami mudah rosak dan Ummi bekerja tidak menentu masa. Jadi daripada mahu berjimat , risau jadi membazir. Cara menghilangkan jeragat yang mudah , Ummi sangat syorkan menggunakan Cosmoderm Luminous Pearl.

BAYANGKAN … Tiada lagi jegarat, muka bersih dan berseri.

Beli di mana? Ada di jual di farmasi  dan ini adalah ubat jeragat paling berkesan di farmasi. Jeragat di muka boleh hilang, dengan syarat konsisten.  Guardian pun ada. Kalau nak jimat boleh beli secara online, sebab online selalu buat sales. Boleh follow instagram ataupun website Cosmoderm.

Usia tahun ini dah nak cecah 32 tahun. Kata orang biar makin berusia makin berseri. Suami pandang , teringat nak balik rumah demi nak pandang wajah sejuk kita si isteri..heheh nak lawa, kena cuba.

Cuti 2017 nak kemana dan bila tarikh gaji 2017 ?

2017 ramai dah plan nak bawa anak-anak berjalan bagi cuti sekolah. Tapi yang menarik  cuti 2017, tanpa perlu tunggu cuti panjang,  boleh plan untuk ” Malaysia Holiday 2017 ” , jalan-jalan di dalam Malaysia dengan waktu yang singkat dan kos yang jimat. 2017 banyak perayaan yang mana cuti bersambung dengan hujung minggu.  Rujuk Jadual di bawah .

Cuti 2017
Jadual untuk merancang Cuti 2017

Cuti 2017 –  Tahun Melawat Pahang

Sempena Tahun Melawat Pahang 2017, 4 hari cuti 2017 pada  hujung minggu dah cukup untuk bercuti ke Negeri Pahang. Antara lokasi menarik adalah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Ladang Teh Cameron Highland , dan beberapa lokasi menarik lagi di Kuantan seperti Teluk Cempedak dan lain-lain. Kalau nak singgah ke Cherating pun sempat.

Namun begitu, nak bercuti mesti lah kena planning kena dengan tarikh gaji . Ini jadual bayaran gaji 2017 bagi sektor awam  dan mereka yang kerja bawah JPA.  Ummi sendiri kerja dengan kerajaan jadi jadual gaji ini penting untuk Ummi rujuk. Tambahan pula ada bulan yang menerima gaji pada pertengahan bulan, maka kena pandai berjimat sehingga gaji akan datang.

Tips uruskan gaji 2017:

6 Tabungan  – Bila dapat gaji setiap bulan , kita seharusnya dah tahu kemana duit nak dibelanjakan ke 6 jenis tabung .

Tabung FFA – Financial Freedom Account (10%) -pelaburan seperti fixed deposit, hartanah atau saham. Ummi kat sini terlebih. 🙂 Siapa yang terlebih boleh adjust semula gaji.

Tabung Charity  – (5%) – Sedekah secara konsisten setiap bulan, setiap hari lagi baik.

Tabung Necessity – (55%) Nak bayar bil elektrik atau bil telefon , unifi dsbnya, inilah tabungnya.

Tabung Education – (10%) Ini bukan untuk anak, tapi untuk kita upgrade ilmu untuk belajar dan tambah pengetahuan dalam apa juga bidang.

Tabung Fun – (10%) Nak melancong tahun 2017 boleh guna duit dari tabung Fun.

Tabung LTSS – Long Term Saving Spending. (10%)

Jika ada semua tabung ini, insyaAllah kita tak akan hadapi masalah kewangan biarpun hujung  atau tengah bulan dah dapat gaji. Ini Ummi belajar masa hadir kelas IMKK Azizan Osman. Sangat berguna untuk di amalkan. Jika ada duit fun lebih pada hujung bulan , boleh masukkan ke tabung LTSS, boleh beli Emas tau simpan ke SSPN i Plus.

Buat duit online –  Untuk tambah pendapatan tahun 2017  boleh juga lakukan kerja part time atau buat duit secara online di facebook, instagram mahupun google. Banyak cara na buat duit online , yang penting ada kemahuan dan rajin. Jika nak belajar menulis blog boleh juga hadir ke Kelas Belajar Buat Blog.

Semoga perkongsian kali ini lebih bermanfaat. Share ya jika rasa bagus untuk kita kongsikan ilmu dengan ramai lagi orang. Terima kasih .

 

Tak Perlu Ke Balai Polis Kalau Kemalangan Di Lebuhraya PLUS Sg Besi-Seremban

Pelancaran Op Selamat 10/2017 sempena Tahun Baru Cina selesai di lancarkan hari ini di PERSADA Plus, Subang.

Disaat rakan lain berseronok untuk bercuti panjang, saya masih di pejabat bersama rakan seperjuangan dalam Op Selamat 10/2017 pada tahun ini. Menurut jadual, akan melakukan pemantauan Udara beberapa hari sebelum dan selepas perayaan Tahun Baru Cina.


PETALING JAYA, 21 Rabiulakhir 1438H, Jumaat
– Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Plaza Tol Sungai Besi sehingga Plaza Tol Seremban tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan sekiranya terbabit dalam kemalangan kecil tanpa sebarang kecederaan.

Sebaliknya, mereka boleh membuat laporan kepada pegawai penyiasat polis di lokasi kejadian mulai esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Melalui kemudahan ini, mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi berhubung kemalangan yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 sempena Tahun Baharu Cina di Persada PLUS di sini, hari ini.

Pelancaran Op Selamat 10/2017

Beliau berkata kemudahan itu akan dilaksanakan sehingga 5 Februari ini bersempena perayaan Tahun Baharu Cina sebelum diputuskan untuk diteruskan atau sebaliknya.

Menurutnya polis juga akan menubuhkan pasukan khas untuk menguatkuasakan peraturan jalan raya di sepanjang Op Selamat 10/2017 yang akan bermula esok sehingga 5 Februari ini.

Mengenai kemalangan jalan raya, beliau berkata kadar kematian akibat kemalangan maut meningkat kepada 7,152 orang pada 2016 berbanding 6,076 orang pada 2015.

“Daripada jumlah yang terbabit kemalangan maut (tahun lepas), sebanyak 60 peratus daripadanya adalah penunggang motosikal. Analisis kami mendapati mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Mengulas mengenai op saman tertunggak warga asing di Johor yang bermula pada 6 hingga 8 Jan lepas, Khalid berkata sebanyak 5,688 saman tertunggak hasil pemeriksaan ke atas 9,633 kenderaan bernombor pendaftaran negara asing berjaya diselesaikan. – Bernama

Pesanan Khas daripada saya , Selamat memandu dan lakukan persiapan sebaiknya sempena perayaan Tahun Baru Cina 2017.

Artiket menarik : Tips Pemanduan Selamat

Semoga selamat sampai ke destinasi dituju. Selamat bercuti.

 

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi Dan Psoriasis

gatal kerana ekzema

Bedak Asmak diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi. Bedak Asmak membantu merawat  penyakit kulit ekzema dan  ekzema pada bayi. Antara cara merawat ekzema dan psoriasis dengan selamat adalah menggunakan bedak Asmak ini. Selain itu , bedak Asmak boleh merawat ruam pada bayi, kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain.

Ianya sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman -berzaman lagi dan menepati saranan Rasulullah saw berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.

Berkaitan  : Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis Penyakit Kulit (Baca di entry Shiqeen Sattar)

Apa keistimewaan Bedak Asmak ?

penyakit kulit ekzema
Bedak Asmak Membantu Menyelsaikan Masalah Ekzema

Pengalaman anak  mengalami penyakit kulit ekzema pada bayi iaitu ketika Along masih kecil dan cara merawat.

Masa mengandungkan Along, Ummi suka sangat minum kacang soya dan serbuk soya. Menurut orang, minum bahan berunsurkan soya boleh bantu anak jadi cerah. Kelakarnya, Ummi terikut dan gila nak putih!

Sehinggakan bila anak yang pertama lahir, Kulit Along sangat sensitif terhadap beberapa bahan. Sabun menstilah menggunakan sabun yang neutral ph. Bukan mudah! Harga sabun neutral PH mencecah RM30.00 keatas seketul kecil!

Nak merawat penyakit kulit ekzema pada bayi ketika itu sangat mencabar. Along pula jenis yang mengalami ekzema pada leher! Ratusan ringgit dihabiskan untuk suntik Along. Pesanan doktor ketika itu, Along yang mengalami penyakit kulit Ekzema ini tidak boleh makan ayam dan juga sabun berubat. Ekzema bakal naik dan akan terus naik sehingga berusia 13 tahun keatas. Mana ada ibu yang tidak risau keadaan ini.

Paling risau bila melihat anak tergaru-garu bila panas dan gatal. Pelbagai cara merawat Ekzema Ummi dah lakukan dari tahun 2010.

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema :

Mujur kini  di pertemukan dengan Bedak Asmak yang bantu merawat Ekzema pada bayi dan semua peringkat umur. Along walaupun terpaksa memakai neck tie seharian di sekolah, ianya bukan lagi masalah.

Selain merawat masalah kulit di atas, ia juga mampu mengecutkan jerawat, mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu. Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur. Jadi Ummi juga menggunakan Bedak Asmak bagi mengurangkan kesan akibat salah guna produk semasa facial yang mengakibatkan muka jadi terbakar. Boleh rujuk entry : Kesan Facial .

Testimoni dan Cara Guna Bedak Asmak :

Keistimewaan Bedak Asmak :
Boleh dimakan untuk masalah Cirit-birit dan gout. Selamat dan suci. Teksturnya lebih halus,mudah serap,dan sejuk bila dipakai. Bedak Asmak juga boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit Ekzema dan Psoriasis yang mana menyebabkan kulit menjadi tidak sekata dan gatal. 

Info :


Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA,jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan.Tidak menyumbat liang pori dan mampu merawat masalah kulit.

Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit, mengelakkan kedutan, menghilangkan jerawat, melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.

[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_style=”bordered” background_color_class=”otw-green”]Beratnya 150g+- Harga cuma RM38 Produk premium pada harga TERENDAH! [/otw_shortcode_info_box]

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus :

Hotline HQ : 019 – 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page Produk :

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma

Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema

Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ

https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Kisah Bedak Asmak (bedak yang boleh dimakan?)
https://www.youtube.com/watch?v=i2TPnL7mwLM

Cara Membuka Bedak Asmak (yang tersekat)
https://www.youtube.com/watch?v=4gFUEbMl63Q

Penagih Dadah Pakai Bedak Asmak
https://www.youtube.com/watch?v=r-SIUIHYOW0

Hantu Bedak Asmak
https://www.youtube.com/watch?v=5yuYn50SVqk