Surat Kasih Sayang Dari Ummi Untuk Along

Surat Kasih Sayang Dari Ummi Untuk Along

Assalamualaikum semua, terima kasih sudi singgah disini. Ummi sangat menghargai pembaca blog Ummi. Ummi merasa bersyukur sangat dengan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata. Dan mengimbau kenangan tahun 2010, Ummi catatkan surat untuk Along di facebook Ummi pada hari lahirnya. Surat Kasih Sayang Dari Ummi Untuk Along.

Surat Kasih Sayang Dari Ummi Untuk Along

Ini Ucapan dan Doa Ummi.

6 tahun lepas, arwah ayah masih ada. K etika itu berjauhan dengan suami. Suami di Kulim, Ummi kerja di Kl. Dalam keadaan itu, Ummi banyak harungi kehidupan mengandung sendirian. Hanya hujung minggu dapat jumpa suami. Tabah ker?  Jam 4 pagi, diakhir tempoh mengandung drive balik Kulim dan suami hantar balik ke Perlis untuk tunggu tempoh matang untuk bersalin.

Hari itu, 7 Sept 2010 awal pagi subuh rasa sakit. Ayah , adik dan mak hantar pergi ke Poliklinik Dr Suraya. Call suami, tapi suami tak dapat balik segera. Ambil masa 2 jam juga untuk sampai ke Perlis. Ummi bertarug bertemankan emak.

Alhamdulillah, 830am macam tu, dapat bersalin normal. Lahirlah seorang anak lelaki sulong Ummi. Membesar sehari hari dengan sihat.Along, Ummi minta maaf jika Ummi besarkan Along dengan kurang sempurna. Ummi memaksa along belajar awal, baca buku awal, hafaz awal, semua demi Along. Awal 7 tahun ini masa terbaik untuk semua ini. Along mesti jadi yang terbaik, kerana Along anak Ummi yang pertama. Air mata Along kadang buat Ummi sedih juga. Maafkan Ummi. Ummi hanya perlukan Along membantu Ummi dan abah dalam.banyak perkara. Terutama jaga adik-adik dsbnya. Terima kasih Along. I love u Along.

Terima kasih jadi anak Ummi yang soleh dan memahami Ummi. Doa Ummi dan abah Muazam Nawawi Along jadi Ustaz Multi Billionaires. Amin

screenshot_2016-09-11-14-18-32

screenshot_2016-09-11-14-18-38

BACA :  Anak Suka Conteng Dinding

screenshot_2016-09-11-14-18-41 screenshot_2016-09-11-14-18-45

screenshot_2016-09-11-14-18-32 screenshot_2016-09-11-14-18-38 screenshot_2016-09-11-14-18-41 screenshot_2016-09-11-14-18-45

 

HAPPY BIRTHDAY ALONG 6 YEARS OLD

Bagi meraikan birthday Along, Ummi hadiahkan Along Ultraman kesukaan Along. Semoga anak-anak Ummi membesar dengan sihat dan jadi anak soleh. Ummi jarang beli mainan untuk anak , melainkan ketika hari lahir dan kemenangan atau kejayaan.

Comments

  1. ameliaramli

    happy belated birthday along..semoga menjadi ank yg soleh penyejuk hati & jiwa ummi & ayh..
    semoga sentiasa dlm lindungan rahmat Allah swt..

    Ummi..bc entri ni terus zassss ke ank2 d rumah pengasuh, terase betapa kasih syg ummi menyerap ke dlm diri Amy yg membaca..teruskan usaha berkongsi coretan2 yg meransang jiwa kami2 pembaca blog ummi..terbaek la ummi!!
    peluk cium utk along ya..hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge