PERANAN AKRAB DAN AHLI PSIKOLOGI

Peranan Akrab dan Ahli Psikologi dalam Perkhidmatan Awam dan PDRM

Alhamdulillah, selesai 2 hari dalam Kursus Peranan Akrab dan Ahli Psikologi yang menumpukan kepada Psikologi Keselamatan yang diadakan bertempat di Dewan melati, Persint 3 Putrajaya. Kehadiran seramai lebih kurang 500 orang keahlian ahli Psikologi dan AKRAB adalah satu petanda baik dalam dunia psikologi. Ramai orang yang mana mungkin bos atau enterprenuer memerlukan ilmu psikologi bagi menyelesaikan sebarang isu.

picsart_09-08-12-58-51

Sepanjang 2 hari, persidangan ini banyak membahaskan isu keselamatan. Ianya meliputi ancaman keselamatan dan peranan psikologi , isu keselamatan dan dasar serta punca masalah dalam negara serta cara mengatasi isu dalam konteks psikologi.

Peluang Menjadi Pakar Psikologi Terbuka Luas

2 hari dalam majlis ilmu kali ini, membuatkan saya rasa teruja untuk pelajari ilmu ini secara lebih mendalam. Untuk pengetahuan semua, pakar Criminologis di Malaysia hanya terdapat 2 orang sahaja iaitu Dr Geshina Ayu Mat Saat (Universiti Sains Malaysia) dan bekas pelajarnya. Jadi, bidang ini masih memerlukan ramai orang untuk menceburi bidang ini. Ibu bapa, boleh advice anak-anak mengambil bidang ini jika ada kesanggupan. Terdapat 56 bidang yang boleh diterokai. 😄

Peranan Akrab dan Ahli Psikologi

Isu Keselamatan Dan Ancaman Terhadap Masyarakat

Tanpa kita sedar, kita dan keluarga juga terdedah dengan ancaman. Kenapa Ummi berkata-kata demikian?Ini adalah kerana era teknologi kini, semua peringkat terdedah dengan media. Contohnya ISIS atau IS seringkali di perkatakan. Mereka menggunakan modus operandi dengan menyebarkan fahaman melalui media. Jadi peranan kita sebagai ibu bapa memantau anak-anak melayari internet dan perilaku mereka. Antara lain, mereka menyasarkan golongan surirumah, belia dan anak muda.

Akrab PDRM Dan Perubahan Paradigma

Peranan Akrab dan Ahli Psikologi

Sepanjang 2 hari ini, saya dan ahli Akrab PDRM yang mana dari Bukit Aman di ketuai oleh Supt Zakarim merasa amat bertuah kerana terpilih untuk hadir ke majlis ini. Selain ukhwah, dapat dilihat melalui satu perspektif lain , yang mana Akrab seharusnya memainkan peranan lebih aktif dalam membantu pasukan PDRM menyelami dan membantu ahlinya kearah lebih baik.

Peranan Akrab dan Ahli Psikologi

Dalam pembentangan dasar pada seminar yang lepas, Kementerian Dalam Negeri menyasarkan ingin menjadikan ahli AKRAB berdaftar sebagai pakar psikologi dalam PDRM selain dari ahli kaunseling daripada BAKA dan JIPS.Sama-sama kita doakan agar semua perlaksaan dasar selepas ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada ramai orang. Sama-sama kita doakan hasrat kerajaan untuk memiliki penjawat awam yang lebih berintegriti dan memiliki budaya sosial positif tercapai dengan jayanya. Sekian.

 NOTA:

Tekan butang share untuk kita sama-sama salurkan maklumat ini kepada ahli pasukan PDRM yang lain.

Artikel berkaitan :

Program PDRM 2016

Posts Tagged with…

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge