Isu Masyarakat

HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT

HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT

KURSUS ANJURAN PERKEP JKDNKA

Alhamdulillah, tahun ini Ummi berkesempatan untuk belajar cara dan panduan pengurusan jenazah lanjutan. Ini adalah ekoran daripada kursus Pengurusan Jenazah kali ┬ápertama tahun 2015. Ummi rasa tak buat entry pasal yang pertama dulu ­čśë . Kali ini kursus lanjutan juga di buat di Dewan Masjid Bukit Aman pada 17 Ogos 2016 yang lepas. Ustazah Sitaton Bt Osman daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) yang menjadi fasilitator kami. Kursus ini adalah anjuran Biro Agama PERKEP JKDNKA. ┬áSyukur sangat dapat hadir untuk belajar lebih mendalam cara dan panduan pengurusan jenazah. Ini rezeki juga kata Ustazah, tak semua orang di panggil untuk mendalami ilmu sebegini. ┬áSebelum cerita nak urus jenazah, Ummi nak share dulu hukum ziarah orang sakit.

Hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT, sebagai ujian  bukan kebetulan atau lumrah alam. Kematian merupakan istirehat untuk kita  dan kita wajib yakin akan alam akhirat, syurga dan neraka adalah perkara yang benar. Setinggi mana sekalipun pangkat dan kedudukkan yang dimiliki tidak akan terlepas daripada hakikat kematian. Inilah yang diperingatkan oleh Allah swt. Untuk entry kali ini Ummi share dulu hukum ziarah orang sakit. Nanti entry seterusnya kita kongsikan cara dan panduan pengurusan jenazah . Boleh kan.. ?


URUSAN DENGAN ORANG SAKIT DAN HUKUM ZIARAH

Orang sakit ini perlu kita layan sebaiknya, kerana kita tidak pasti sampai bila hayat mereka. Namun begitu, kita juga yang sihat tak pasti sampai bila hayat kita. Setuju ? Jadi sebaiknya , sentiasa mengingati Allah swt dalam apa juga keadaan.


HUKUM ZIARAH

Sunat :  Besar pahalanya jika dapat menghiburkan hati pesakit dan juga keluarga.

Harus : Jika pesakit bukan ISLAM, tetapi kita menziarahi sebagai tanda kasih dan sayang sesama manusia.

Sunat Muaakad :  Jika pesakit terdiri daripada kaum keluarga, jiran tetangga dan juga sahabat.


ADAB ZIARAH PESAKIT RINGAN DAN NAZAK

Pesakit (Ringan) – Bila kita melawat pesakit yang sakitnya ringan sahaja boleh la bawakan sikit buah tangan, duduk kat sisi pesakit dan sentuh tanda sayang ( ikut syariat yang ditetapkan okeh). Namun begitu, menziarah tak perlulah setiap hari dan disunatkan menziarah selang hari. Ini juga bagi menjaga keselesaan pesakit dan ahli keluarga. Juga kena beringat, apabila melawat orang sakit , usahlah berbual kosong, bergurau sekadar yang tidak berlebihan dan juga doakan supaya cepat sembuh. Owh ya, doa orang sakit ini makbul, minta juga pesakit juga doakan kita. ┬áBerilah kata-kata peransang agar pesakit rasa suka dan tenang.

Pesakit Nazak – Ajarkan kalimah Lailaha Illallah. Apabila melawat pesakit, jika keadaan sesuai baca surah yassin, surah Al-Ra’du. Juga titiskan air ke mulut pesakit, sebaiknya ahli keluarga yang menjaga. Teringat arwah ayah . Juga jika kita menjaga orang yang nzak, apabila orang tersebut berpeluh, lapkan lah sedikit ┬ádan menghunjurkan kaki pesakit ke arah kiblat. Doakan pesakit di berikan ujian yang ringan.

HAKIKAT KEMATIAN

Dalil Surah Ali Imran AYAT 185 :

Setiap yang hidup pasti merasai kematian.
Setiap yang hidup pasti merasai kematian.

Surah AZ-ZUMAR AYAT 30 :

HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka pun akan mati”

Okay , sebagai persediaan kita menghadapi kematian, kita perlulah berbuat kebaikkan. Dan juga dalam menziarahi pesakit, ada adab yang kita kena jaga. Untuk itu, SEDEKAH kan al-fatihah untuk sahabat dan keluarga kita yang mungkin sedang menderita sakit.

Al fatihah juga untuk ayah kepada BEN ASHAARI yang sedang sakit. Kita doakan beliau juga cepat sembuh dan di ringankan beban menanggung kesakitan. -AL-FATIHAH-  

Jumpa lagi next entry yer. Assalamualaikum.

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *