UBAH FALSAFAH DUIT RAYA

Nak memberi bukan banyak mana kita bagi, tapi sejauh mana kita ikhlas nak memberi. Ni nak raya, apa yang kita pesan kat anak-anak?? Nak kumpul atau nak beri duit raya?

IMG_20160629_221014

Ummi ajar anak-anak begini 😄.

“Along, Angah Raya bukannya untuk kumpul duit raya, tapi masa untuk Along sedekah banyak-banyak”

“Raya ini, Along dengan Angah kena bagi duit raya kat Opah ,Tok dan Tok Abah. Along dengan adik-adik jangan niat nak kumpul duit raya tau. Salah tu”

Along :
“Yer Ummi, Along nak bagi duit raya kat kawan-kawan. Boleh Ummi?

“Boleh, nah duit raya, along isi dan bagi sorang satu nanti”

“Angah bagi kat kawan-kawan di rumah mama boleh kan Ummi?”

“Boleh Angah, sat abah isikan”

Itu situasi pagi semalam. Seronok bukan main dapat bagi duit raya kat kawan-kawan. Tahun ini tahun kedua Along sediakan duit raya untuk kawan-kawan sekolah iqraq. Dia rasa bangga dapat memberi. Harapan Ummi, sikap dan nilai ini bukan terhenti disini, tapi sehingga anak-anak Ummi dewasa kelak. Bukan apa, bila mereka dah ada nilai nak memberi,Insyaallah rezeki mereka juga pasti dipermudahkan kelak.

Along tanya Ummi

“Ummi belum raya kenapa bagi sekarang?”

” Sebab bila beri di bulan ramadhan pahal berlipat ganda, tu sahaja”

SEDEKAH KEPADA ANAK YATIM

Kita ibu bapa pula, kena ubah falsafah tentang duit raya. Ubah mind set anak-anak, bila raya bukan masa mereka jadi peminta tapi jadi seorang yang kaya jiwa iaitu pemberi.Amin.

 RESPON SAHABAT FACEBOOK UMMINANI

PicsArt_06-30-10.54.54PicsArt_06-30-10.55.16

KENAPA PERLU UBAH MIND SET?

Jawapan Ummi mudah jer, biarlah anak-anak kita ini menjadi pemberi, bukan sekadar penerima. Sebab tu bila mind set tak berubah, orang muda sekarang suka duduk lepak, tunggu BRIM! kan…siapa setuju? Kerja tak nak…(bukan semua).

Bila kita dah setkan minda anak-anak memberi, maka mereka secara tak langsung perlu bekerja mencari rezeki dan menjadi jutawan hartawan. Bila dah macam tu, barulah dunia jadi aman sebab masyarakat mempunyai hati yang murni.

Okay, setakat itu dahulu bebelan Ummi kali ini. Semoga kita dapat ubah minda anak-anak kita dan mengajar mereka memberikan yang terbaik. Insyaallah. Amin.

6 thoughts on “KENA UBAH MIND SET BAB DUIT RAYA!”
  1. Betul tu…. Saya setuju! Sebaiknya kita bagi duit raya pada bulan ramadhan… Tapi dah jadi tradisi kita bagi duit raya pada hari raya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *