Food Review,  Review Produk Dan "Event"

IKAN PATIN TEMPOYAK ISTANA BAMBU MEMANG SEDAP

Ikan Patin tempoyak Istana Bambu memang sedap. Boleh tengok di Facebook : ISTANA BAMBU RESTAURANT

Untuk Hubungi Mereka , Telefon : 

Aida📞….012-2497142
Ecca📞…018-3749920
………..03-42514717

IKAN PATIN TEMPOYAK ISTANA BAMBU MEMANG SEDAP

PicsArt_05-07-12.39.02

Nak cerita ni….4 Mei 2016 bersama-sama ahli kelab blogger Ben Ashaari kami dapat peluang menikmati ikan patin tempoyak Istana Bambu ketika makan tengahari bersama-sama dengan Rohana Jalil dan juga beberapa rakan artis lain. Melangkah masuk ke Istana Bambu yang terletak di Ampang ini amat memukau mata memandang. Walaupun di tengahari yang terik, namun begitu kehijauan dan air yang tenang menyapa rasa sejuk di hati kami. Melangkah masuk ke istana ini tidak seperti berada di restoran. Teringat kampung halaman apabila dapat makan masakan seolah-olah masakan ibu. Jom layan gambar dan suasana restoran ini sebelum kita cerita bab makan dan rasa ikan patin. Ikan Patin Tempoyak Istana Bambu memang sedap!!!!

FB_IMG_1462438457702

PicsArt_05-07-12.45.31

FB_IMG_1462438377795

Rasa masakan sini memang …fffuuhhhhh!!! Sedap wehhhhh! Nak habaq lagu mana pun tak pandai la. Sebab Ummi ini orang utara, maka bila masak ikan patin tak berapa nak menjadi. Dulu nak makan jer ikan patin kena cari tarikh sesuai dan tarikh yang kena la kami suami isteri untuk pergi. Kos untuk kesana juga satu hal kan.. 🙂 Duit minyak, tol dan homestay lagi. Kini dengan adanya Istana Bambu Restaurant bukan lagi isu.

PicsArt_05-07-12.40.40

PicsArt_05-07-12.43.31

PicsArt_05-07-12.42.32

PicsArt_05-07-12.38.07

PicsArt_05-07-12.41.45

Kuah masak tempoyak ikan patin ini, sedappp! Hinggakan Ummi angkat dan hirup okay. Mana puas kalau takat rasa sikit-sikit. Yang ke-dua bestnya disini adalah pais ikan patin. Ramuannya memang diolah sesedap rada dan bil amakan panas-panas tu..huiii..tak tau nak habaq la. Lagi yang Ummi rasa best sangat asam pedas ikan kembung dan ikan pari. Opsss, Ummi memang suka ikan pari, jadi 2 ke 3 ketul juga la ratah ikan pari tu. Maaf yer, terlajak sedap sampai lupa diet!. Bagi yang tak suka ikan sungai , ada ayam goreng yang mana di goreng panas-panas dimakan dengan ulam dan sambal belacan.

Jpeg

Fuhhh! Berpeluh makan disini sebab kenyang yang amat dan yang penting memang best la!. Susah nak gambarkan bagaimana keenakkannya… Jemputlah tengok gambar kami menjamu selera ya.

PicsArt_05-07-12.39.34

PicsArt_05-04-07.32.55

Macamana? Teruja kan? Huhhhh..kami yang pergi sekali pun nak pergi lagi. Sebab rasa ikan sini memang manis tau! Seindah makan di Temerloh. Kan mudah, tanpa perlu ke Temerloh lagi, kini dah boleh makan di Ampang sahaja.

IMG-20160504-WA0060

Okay banyak lagi yang best di Istana ini tau. Boleh Klik Facebook mereka. Sesuai untuk sambutan majlis perkahwinan juga.Tunngu Nanti Ummi share lagi cerita makan tempoyak di Istana Bambu ya. Bye. *Jangan cepat call.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *