BUFFET RAMADHAN 2016

BUFFET RAMADHAN 2016 di PICC MEMBERIKAN KELAINAN RASA YANG AMAT MENYERONOKKAN.

Hari Rabu lepas kami dari kelab blogger Ben Ashaari  (KBBA9) telah dijemput bersama-sama media lain untuk merasai menu dan menikmati suasana BUFFET RAMADHAN 2016 bagi meraikan Ramadhan yang bakal tiba(ehh..awalnya sambut ramadhan). Bagi tahun 2016 lebih dari 300 menu disediakan. Banyak tu 300 menu, tak sempat nak rasa semua. Namun begitu teruja  sangat dengan Buffet Ramdhan PICC ini adalah sebab menunya sedap dan bertemakan ” Hidangan Tradisi Warisan Budaya“.  Kena sangat dengan selera Ummi.

LAIN-LAIN PILIHAN BUFFET RAMADHAN


Buffet Ramadhan 2016 , PICC ini berharga RM98.00 nett bagi dewasa dan RM49.00nett bagi kanak-kanak. Eh..suka-suka bawah 5 tahun PERCUMA.  Berbaloi sangat dengan kualiti makanan yang disediakan. Selain daripada berbuka, pakej buffet kat sini menyediakan juga menu untuk jiwa. Apa itu ?  Bufet Ramadan #piccmalaysia juga turut menjemput Pencetus Ummah (PU) pilihan untuk memberikan tazkirah sebelum berbuka puasa. Buffet Ramadhan PICC ini bermula pada 8hb Jun sehingga 3hb Julai 2016. (ISTIMEWA : Bazaar @picc bermula pada 25 Mei – 3 July 2016. Pre-Ramadhan dan Ramadhan “Beli Awal, Siap Awal, Lebaran Sempurna”).

ISTIMEWA BUFFET RAMADHAN 2016, PICC:

Majlis Iftar Amal Wakaf Bersama Ustaz Don ( 18hb Jun 2016)

Majlis Iftar Akustika Bersama Zamani  dan Mawi ( 22 Jun 2016 )

Majlis Iftar Amal Bersama Anak Anak Yatim Persembahan Qasidah dari Afad , Rabbani dan Pawana ( sepanjang Ramadan )

Best ke best? Selama ini duk tengok dari jauh jer penyanyi nasyid kesukaan kita. Sekarang berpeluang berbuka puasa bersama dan bersolat bersama. SURAU yang disediakan amat selesa. Okay Ummi bagi 5* untuk SURAU . Bawa anak kecil bukan satu isu ke PICC!

Okay ..jom jalan-jalan tengok menu! Cuci mata jer la,  rasa best terus buat reservation okay. Kerabu sahaja lebih daripada 5 jenis. Ada kerabu udang, kerabu kaki ayam, kerab ikan kembung dan macam  lagi . Ummi paling suka kerabu ikan kembung dan kerabu udang. Memang sedap. Kerabu sini jenis yang tak pakai kerisik, lain dari lain.

Makanan yang disediakan cukup menyelerakan . Ini pula kambing golek. Selain kambing golek, ada kambing masak hitam, beriani kambing dan banyak lagi. Ikan bakar, masak hitam semua ada. Nak makan bubur, pelbagai jenis bubur disediakan.

Burung Puyuh ini memang sedap. Biasa susah nak dapatkan , pergi jer PICC comfirm dapat makan. Eh..ada yang ngidam ke? 😉

Paling suka Kebab. Ini yang dicuba dulu, sebab nak raa isinya kat dalam best ke best? Dah sekali masuk mulut, fuh!!!! memang marvellous nak habaq. (dah keluar utara dah!)

Buffet Ramadhan Hotel Shangri-LaPutrajaya


Persembahan dari kumpulan Damai & Friends

Majlis Iftar Amal Bersama Anak Anak Yatim Persembahan Qasidah dari Afad , Rabbani dan Pawana ( sepanjang Ramadan ) – Ada persembahan daripada Zamani . Memang best , bertemakan Iftar Akustika hanya pada SELASA 22 jun 2016. Booking cepat-cepat tarikh ini. Sound system yang disediakan cukup mmbuatkan perasaan kita TERUJA atau bahasa lain “excited terlebih”. 🙂

Orang ramai juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai melalui cabutan bertuah dengan mengisi borang dan bukti pembelian bufet.

13124470_1072218166159554_7957195335744865274_n

Private Iftar Pakage:

Selain untuk buffet Ramadhan, pihak PICC Malaysia juga menawarkan”Private Iftar Pakage” yang mana lebih exclusive. Minimun adalah seramai 100pax. (Hall 1-10). juga disediakan kepelbagaian menu masakan.

PERCUMA minuman cordial.

BONUS : Disediakan microphone, screen, dan projector.

PERCUMA wireless internet access . Bilik Solat juga disediakan. Best ?

Info lain yang Ummi boleh bagi tau untuk memudahkan buat tempahan seperti berikut :

Web : www.picc.com.my

Email :  enquiry@picc.com.my

Tel: – +603-8887 6000

Facebook : www.facebook.com/piccmalaysia

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge