Month: December 2014

KONSEP PARETO 20:80

.
Dalam subjek Building Economy saya pernah belajar tentang konsep ni. Beberapa tahun lepas saya dengar Prof Muhaya ulas tentang konsep ni dalam kehidupan. Konsep Pareto ni sangat luas sebenarnya dan sejak saya dengar Prof ulas saya pegang sebagai rujukan.
.
80% hasil kehidupan kita ditentukan oleh 20% tindakan yang kita ambil. Ok, saya kongsi satu cerita. Seorang tukang kayu sibuk menggergaji. Namun sudah 3 jam belum juga siap. Bila di lihat rupanya mata gergaji dah tumpul. Lalu ditanya mengapa tidak di asah mata gergaji yang tumpul? Tukang kayu jawab “tak ada masa, kalau asah mata gergaji nanti tak sempat siap potong kayu”. Sebenarnya untuk asah mata gergaji memang ambil masa, namun lepas tu masa untuk menggergaji dapat disingkatkan dan jadi lebih mudah.
.
Sama juga dalam hidup kita ambil mudah perkara penting. Walhal ia cuma perlukan 20% dari masa dan tenaga kita namun dalam jangka panjang ia beri kesan yang mempengaruhi 80% dari kehidupan. Maka untuk capai 80% dari hasilnya, kenal pasti dan buat 20% yang penting dahulu. Contohnya timba ilmu untuk maju. Proses menimba ilmu inshaAllah akan mempengaruhi 80% hasil kehidupan kita di masa depan.
.
Dalam bisnes, planning, strategi, marketing, ya semua itu penting. Namun ada perkara lain yang juga sama penting. Bukan sahaja faktor luaran yang menentukan kejayaan kita. Faktor dalaman juga sangat penting. Sejauh mana kita benar-benar kenal diri sendiri. Sedalam mana keikhlasan dan ketenangan yang dah kita capai. Adakah kita telah memaafkan masa lalu dan orang sekeliling yang menyakiti kita. Bagaimana semua ini mempengaruhi aura kita yang sangat berkait rapat dengan perniagaan, kerjaya, hubungan dan kehidupan.

Terima kasih kepada Puan  : RINA SALLEH 

LOVE WITHOUT EXPECTATION

Perlukah kita disayangi? Perlukah kita menyayangi? Bukankah itu fitrah manusia? Sentiasa perlukan kasih sayang,perlukan perhatian? Tapi…bagaimana nak dapat kasih sayang kalau kita tak beri kasih sayang?
Saya pun tengah belajar sebenarnya. Untuk beri LOVE dengan seikhlas hati. Beri LOVE tanpa ada motif..tanpa ada sebab..Bukan kerana kita nak dapat projek, kita nak dapat sales atau kita nak dapat kerja, baru kita beri LOVE.. Ada udang di sebalik batu lah kalau gitu…Itu memang tak ikhlas namanya…
Siapa yang boleh beri LOVE terbaik sekali? Siapa ada kucing atau binatang peliharaan lain pasti dia tahu…Ayam beri telur, lembu beri susu,burung beri suara yang merdu..tapi kucing? atau anjing? Dia tak beri apa-apa kecuali LOVE. Dan dia pun tak mengharap apa-apa dari kita kecuali LOVE. Sebab itulah kami sekeluarga boleh menangis semasa kematian kucing kami “Smokey” dulu dilanggar kereta di depan rumah. Setiap hari anak-anak ajak ke tanah kuburnya untuk sedekahkan al-fatihah. We miss her a lot!..
Maksudnya apa? Kita perlu ada LOVE kepada semua orang tanpa bersebab.Kalau kita ikhlas,kita juga akan mendapat LOVE yang ikhlas dan berkekalan. Kalau kita mengharap dan ingin mendapat balasan LOVE dari orang, mungkin kita akan dapat…tapi ianya tak akan berkekalan. Friendship kita akan setakat itu saja. Persaudaraan atau percintaan kita pun akan terputus di tengah jalan.
Perasan tak kaitannya dengan kasih sayang kita pada Yang Esa?Kenapa kita cintakan Dia? Kenapa kita perlukan Dia? Atau…adakah hanya Dia cintakan kita tetapi kita tak ingat pun pada Dia? LOVE pada Dia adakah ikhlas? adakah bersebab? Adakah kita CINTA kerana inginkan pahala atau ingin syurga atau ingin kaya? Itu sajakah sebabnya?..Susah nak explain bukan? Ada perasaan yang special dalam hati kita..Love without expectation….
WALLAHU’ALAM….