Month: November 2014

Starbucks

===
3 sebab ini buatkan pelanggan Starbucks setia beli kopi mereka setiap hari.
===
.
Mari tanya soalan ini kepada diri kita sendiri.
Adakah kopi Starbucks benar-benar sedap?
.
Coffee Bean lebih berjaya menawan lidah saya. Ini 100% review daripada saya sendiri.
.
Tetapi, sales Starbuck tidak dinafikan, agak mencanak daripada pesaing dalam niche bisnes mereka.
.
Gerado A. Dada menulis dalam blog Business 2 Community, menjelaskan perkara ini.
.

Ini adalah punca Starbucks kalahkan pesaing mereka.

.
Ada 3 faktor utama:
.
.
Faktor #1 – Pengalaman beli kopi yang unik.
.
.
Dada gelarkan ia sebagai ‘coffee experience’.
.
Howard Schultz (pengasas Starbucks) tumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap perkara ini.
.
Beliau mahu pelanggannya rasa sesuatu yang unik dan tidak boleh diperolehi di kedai kopi selain Starbucks.
.
Lokasi francais mereka mempunyai suasana yang baik (secara konsisten).
Starbucks ada barista yang mesra pelanggan.
Kedai mereka di serata dunia guna lagu yang tenang dan santai.
Penggunaan lampu yang tidak terlalu terang di francais mereka.
Mereka guna nama yang unik bagi setiap kopi mereka.
.
Ini adalah antara strategi Starbuck berikan ‘customer experience’ yang baik.
.
.
Faktor #2 – Keinginan beri ganjaran kepada diri sendiri.
.
.
Pakar psikologi, Dan Ariely percaya ini adalah strategi kejayaan Starbucks.
.
Otak kita akan buatkan kita terbiasa melakukan sesuatu tindakan. Jika kita percaya ia beri nilai kepada diri kita.
.
Walaupun hakikatnya kopi Starbucks tidak sesedap pesaing mereka…
.
Kombinasi penjenamaan, pengalaman (experience) dan kepercayaan pelanggan jadi pemangkin setiap pembelian.
.
Persepsi seseorang merupakan realiti bagi mereka. Tidak hairan jika ramai berpagi-pagian dengan kopi Starbucks (sebagai ganjaran untuk memulakan hari).
.
.
Faktor #3 – Medium buat keputusan pantas.
.
.
Okay, mari kita bayangkan.
.
Kita bergegas ke tempat kerja. Kita mahukan kopi sebagai penggerak pagi kita.
.
Jika kita sudah biasa dengan jenama Starbucks, tentu kita beli kopi di Starbucks (sama juga jika kita beli jenama kopi lain).
.
Ini adalah kuasa ‘positioning’ dan penjenamaan (branding).
.
Ia tamatkan kerisauan pelanggan jika risau tidak dapat kopi yang menepati lidah mereka.
Jika beli di Starbucks, mereka tahu kualiti kopi sudah terjamin.
.

Harga lebih RM10 secawan, masih ada orang sanggup beli lagi (dan lagi).

.
Sebelum Starbucks, kopi merupakan sebuah barangan komoditi biasa.
.
Kopi hanyalah sebuah kopi yang biasa.
.
Starbucks, letak harga yang agak mahal daripada kopi biasa.
.
Masih ramai yang tidak putus-putus beli.
.
Kita boleh belajar daripada cara Howard Shultz ini, bagaimana beliau cipta nilai Starbucks di mata pelanggannya.
.
PS: Anda boleh share tanpa perlu bertanya dahulu. Mohon manfaatkan perkongsian ini secara meluas. 

INGAT ALLAH DAN TULISLAH

INGAT ALLAH DAN TULISLAH
Jari menjadi kaku untuk menulis dua,tiga hari ini.Teringat kata-kata cikguJune Mohd Som ,
“penulisan jangan terlalu menunjuk-menunjuk.Jangan terlalu highlight diri sendiri.Jangan Ego dan bongkak.Biar orang yang angkat kita menjadi STAR.Bukan kita sendiri”.
Kemudian saya mulai konfius.Bagaimana mahu menulis kalau tidak boleh highlight diri sendiri?Lalu saya berhenti menulis dua,tiga hari ini.Hanya menjadi pembaca dan komen post kawan-kawan.
Tapi tadi saya beranikan diri bertanya guru.Jawapannya ringkas tapi sangat terkesan.
“Sblum tulis. Rendahkan diri. Ingat yang menggerakkan setiap sesuatu adalah ALLAH.
Kita tak berkuasa. Maka hasil tulisan akan ego-free.
Ingat Allah dan tulislah.
InsyaAllah. Bila hati memandang ALLAH yg berkuasa, manusia tidak berkuasa. Maka penulisan kita hilang dr bau menunjuk2″.
Ouh terima kasih Allah.Menghantar guruku yang mulia sebagai posmen.Terima kasih cikgu Jun.Cikgu Op yang banyak mendidik saya.Moga penulisan saya lepas ini lebih tunduk dan merendah diri.Kerana saya tiada apa-apa.Hanya hamba kerdil yang mahu berniaga di jalanNya..

[ BERSEDEKAH MENGHARAPKAN BALASAN- IKHLASKAH KITA? DAN CINA YANG SUKA BAYAR ZAKAT]

[ BERSEDEKAH MENGHARAPKAN BALASAN- IKHLASKAH KITA? DAN CINA YANG SUKA BAYAR ZAKAT]
“Bolehkah kita bersedekah sambil terlalu mengharapkan ganjaran daripada AllahTaala?
Ini perkongsian daripada Ustaz Don:-
Ada suatu kes di sebuah negeri di Malaysia.
Seorang Cina Non-Muslim datang ke Pejabat Agama Negeri dan berkata; “Saya nak bayar zakat”.
Staff Pejabat agama tu pun pelik lah. Dia bagitau tak boleh sebab Zakat hanya untuk Muslim saja.
Mereka pun tanyalah; “Kenapa Uncle nak bayar zakat?”
Uncle tu cakap; “Saya baru saja bankrap. Saya ada bukak satu surat khabar, dia tulis ‘Kalau kamu berzakat, pasti Allah tambah lipat gandakan harta kamu.’
Jadi saya mahu itu duit saya lagi banyak. Sebab itu saya mahu bayar zakat.”
Fuhh!! Sampai macam tu sekali.
Ok, jadi mereka pun ambil keputusan untuk meraikan hasrat Uncle tersebut dan masukkan wang tersebut di bawah Wang Tidak Patuh Syariah.
Beberapa bulan lepas tu, Uncle tu datang kembali. Kali ni dia bawa wang yang LEBIH BANYAK untuk “Zakat” berbanding yang sebelum ni.
Uncle tu kata “Betullah itu Zakat boleh bagi kaya. Bisnes saya sudah untung besar, jadi sekarang saya mahu bayar “Zakat” lagi banyak!”
Subhanallah!
Jadi apa kesimpulan daripada Ustaz Don?
Beliau kata, untuk kita yang level keimanan biasa-biasa ni (tak sampai ke tahap ulama atau wali Allah), TIDAK SALAH untuk kita melakukan kebaikan untuk mengharap ganjaran daripada Allah.
Bukannya harap ganjaran dari manusia yang kita bantu tu yer. Itu tak dikira RIAK pun. Lebih kurang macam analogi kita melipatkan gandakan ibadah di bulan Ramadhan.
Sebabnya kita nak kan pahala yang lebih berlipat kali ganda daripada bulan-bulan biasa.
Siapa boleh confirm yang dia solat Subuh pagi tadi 100% IKHLAS kerana Allah, bukan sebab kita diwajibkan bersolat?
Takde siapa boleh confirm kan?
Ada analogi lain yang Ustaz Don bagitahu, ada tak kita tiba-tiba call Boss pagi-pagi.
“Boss, harini saya tak boleh datang kerja lah.”
Boss pun tanya “Kenapa pulak?”
“Bangun pagi tadi, saya tiba-tiba rasa TAK IKHLAS nak pergi kerja.” Hehe..boleh gitu??
Jadi jangan nak tunggu IKHLAS baru nak buat sesuatu kebaikan.
Kalau nak tunggu IKHLAS, takut-takut sampai mati pun kita masih tak mampu nak buat kebaikan.
Biarlah keikhlasan itu dinilai oleh Allah Taala saja, tak perlu kita sebagai manusia sibuk-sibuk nak menilai keikhlasan diri sendiri, apatah lagi menilai keikhlasan orang lain.
Tugas kita, sentiasalah berdoa agar Allah menerima segala amalan kita di dunia ini.

8 Cara Menjadi Jutawan

[LIKE, SHARE & COMMENT]

Tips Eida: 8 Cara Menjadi Jutawan

Alhamdulillah.. cukup energy saya terima untuk menulis dan sharing pagi ni.. Sebelum tu mari kita amalkan sedekah AlFatihah buat Keramat hidup kita.. suami/isteri,ibu bapa, mertua, guru-guru, adek beradek kita, anak-anak kita, anak-anak sedara kita, saudara mara kita dan seluruh muslimin dan muslimat yang ada atas muka bumi ALLAH ni.. SesungguhNya Dunia ini adalah pentas lakonan dan kita lah pelakon-pelakon utama itu.. Macam mana kita nak sepanjang kisah kita ni best? Dekatkan diri dengan ALLAH.. Nescaya BEST lah seluruh kisah hidup sahabat sekalian..

Alhamdulillah hari ini saya nak infaq elmu seterusnya.. Saya nak kongsikan 8TIPS CARA NAK JADI JUTAWAN.. tak semua orang ernasib baik lahir terus jutawan.. Ada banyak fasa nak lalui.. ada orang senang nak jutawan.. ada orang susah amat. Apa sebabnya? Sebab tak ada elmu.. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua sahabat..
Jom kita amalkan:

7 x Ayatul Kursi, selawat nabi x 1000,
istighfar x 101,

lailahaillallah x 100 dulu sebelum kita teruskan elmu harini..
Bismillahirrahmanirrahim..

Tips 1: Fikirkan Nak Jutawan
Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka negatif lah anda dapat.. MIND CREATES REALITY.. tanggapan kita tu adalah doa.. ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang/tembok mental tersebut dengan sentiasa fikir positif tentang kekayaan.

Ayat-ayat macam ni: (”Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur”) merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, (”Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur! leh bantu ramai orang”) bak kata ustaz atoq kita buat duit dengan duit.. lagi banyak kita bantu orang dengan duit kita.. lagi banyak duit yang kita dapat.. duit tu apa? duit tu alat untuk kita nak kaya.. kaya untuk apa? untuk bantu lebih raaaamai orang.. kita bukan nak kaya sebab diri kita sendiri.. tapi kaya untung beri manfaat pada insan lain.. kita bukan pentingkan diri..

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh! Yakin Boleh.. Yesssss.. sahabat semua boleh.. Cakap kat orang sebelah.. : Weiiii kau boleh..

Tips 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi (Hala tuju.. serta target..). Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat/misi/target yang tinggi untuk diri anda. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Sebab saya dapat kumpul 1.2 juta hanya dalam masa 4 bulan.. TAPIII… Harus ingat..Nak capai matlamat tu.. apakah usaha anda ke arah matlamat anda tu? Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya… Cakap kat orang sebelah: Anda Kaya & Berjaya.

Tips 3: Nak sejuta daya hokehh… (Sebab anda kan nak jadi jutawan.. tu yg jd sejuta daya.. jangan bagi sejuta dalih…)

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama (”Angan- angan Mat Jenin”). Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan. Jika rezeki ALLAH nak beri tu satu kisah yang lain.. semua dengan izin ALLAH.. sekarang yang saya maksudkan kalau kita tak usaha.. hanya duduk diam-diam je kat rumah.. tak buat apa-apa usaha.. tak akan dapat apa-apa.. bukan takat sejuta, rm100 pun tak dapat tu..

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia. Maksudnya harini lebih baik dari hari semalam.. walau kita upgrade sikit je dari semalam.. tu dah dikira baik dari hari semalam.

Tips 4: Pengetahuan & ilmu Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan.
Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.
Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca dan pergi seminar-seminar elmu. Tanam sifat rajin membaca dan jangan berkira untuk sedut elmu. cari MENTOR. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Saya ulang lagi sekali.. Cari MENTOR.. MENTOR tu adalah mereka yang dah ada results dalam industri yang anda pilih. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga. Berkawan dan get close dengan orang yang dah terbukti berjaya.. Anda akan dapat tempias mereka sama.. Mulai sekarang kenali rakan anda.. pilih kawan yang boleh bawa anda menuju kejayaan & sentiasa mengingati ALLAH.

Tips 5: Mulakan perniagaan
9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil. Kene menyimpan dan kawal perbelanjaan harian.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9 pagi hingga 5petang? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5 petang hingga 9malam kan kan? kalau saya kadang-kadang sampai jam 3 pagi baru lah tidur. Memikirkan strategi marketing dan apa lagi yang saya boleh bantu. Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time. Percaya cakap saya.. Saaaangat berbaloi..

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid. Say no to Skim Cepat Kaya.. Jangan terpedaya..

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- macam saya! Saya mulakan perniagaan dari rumah secara atas talian tanpa modal. Saya start dengan cara dropship. Sebab masa tu saya tak ada duit. Jadi saya mulakan dengan apa kepakaran yang saya ada.. itu saja.. Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Tips 6: Perihal kewangan
Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,200 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan. cakap ngan orang sebelah: Haaa… Ingat tu…

Konsep penting dalam memahami perihal wang adalah konsep compound interest. Maksudnya, pelaburan wang anda yang menghasilkan faedah, kemudiannya keuntungan faedah serta wang pokok anda itu dilaburkan semula. Dengan menggunakan konsep compound interest, wang anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun sekiranya faedah yang anda terima adalah 10%. Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, selain dari memulakan perniagaan, cara mencapai kekayaan adalah melalui pelaburan. Kalau takut nak main saham.. laburkan lah dalam saham bank.. maksudnya buat simpanan kat bank.. macam tabung haji atau ASB.
Tips 7: Buat apa yang anda suka
Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario (”the grass is greener on the other side)” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- kene kaji pasaran utk industri yang anda pilih. Bila dah pilih tu.. dah mula.. buat sampai habis.. jangan buat ni sikit.. tu sikit.. tapi.. kalau satu dah berjaya.. boleh buat benda lain plak.. dan buat sampai berjaya.. anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Tips 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal
Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.

Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Helloooo.. 1000 kali cuba tapi gagal hokehh.. cubaan yang ke 1001 baru berjaya.. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol! haaa.. itulah pemikiran orang yang bijak dan minat/passion dalam apa yang dia buat.. dia tak akan pernah jemu mencuba. Kenapa kita baru cuba 2-3 kali dan tak berjaya dah rasa down tergolek dok.. main biola bawah pokok ketapang.. Takde hasil pun beb.. hahaha.. ~ peace

Saya saayang semua sahabat saya.. silakan BANGKIT. Saya doakan anda semua KAYA BERJAYA JUTAWAN DUNIA, JUTAWAN AKHIRAT, BAHAGIA, SIHAT TUBUH BADAN DAN DIPANJANGKAN USIA. AAMENNN..
P/S: Siapa belajar sesuatu dari apa yang saya share pagi ni?
Tolong komen: “SAYA JUTAWAN”.
Ingat..apa yang kita fikir.. yang kita rasa.. yang kita cakap.. apa yang kita buat/tulis.. adalah DOA. Dan ada beribu malaikat yang akan aminkan.. In shaa ALLAH.. Jangan lupa kongsikan dengan sahabat lain juga yea.. Mudah-mudahan bermanfaat…
Regards;
‪#‎EidaHasan‬
‪#‎JutawanSuriRumah‬
‪#‎TipsEida‬
‪#‎8CaraJutawan‬

Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.    Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.    Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.    Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
 
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?    
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
    Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.   Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
     Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
    Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
   Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Apakah tanda-tanda atau gangguan?
 Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
       Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
   Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.  
 
Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.    Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.    Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan.   Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.    

Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.   Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan.    Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya.    Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Pembedahan untuk membuang endometriosis
 Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid.  Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.  
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan.      Suntikan-suntikan tersebut  agak mahal  sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar.  Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.     Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit  endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali.   Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi.  Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
Bolehkah penyakit berulang?
 Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak.    Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.   Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian.  Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.    Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.      Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat.     Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan.    Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Dipetik dari : http://dewagratis.com/kesehatan/anak/SakitPuan.htm

AYAT COPY WRITING POWER – LEXEE

=========================
KERANA SEKEPING LEXEE
=========================
Semalam sy hadiri satu seminar di Alor Setar…
Alhamdulillah seminar yg mmbrikan 1 keinsafan dlm diri sy..Kbtulan sy duduk dgn 2org cikgu perempuan..hehe
Progrm yg brlgsung dari pagi hinggalah ke ptg…
Apa yg brlaku seorg cikgu sblh sy nie asyik ulang alik jer ke tndas sampailah jam 12tghri dh msuk 4 kali dh dia ulang alik p tandas..
Sy tanya “knp cikgu?? skit prut ker??”
X la dik…(dgn muka ketat) jwb lg “mslh org popuan dik”..
Ohh yakaa..Cikgu nk tak sy bg cikgu 1 brg..
“Brg apa dik??”
Nahh cikgu..cikgu p tukar pkai nie plk..jgn tgok sy mcm tuu cikgu p tukar jer..
Sejam kemudian…
Dua jam kemudian…
Tiga jam kemudian…
Empat jam kemudian…Sehinggalah progrm tamat pkul 5ptg…
“Dikk sni jap”
Yer cikgu knp??
Trima kasih dik bg cikgu brg td..Alhamdulillah la mmg btul2 power!!! Dh 5jam cikgu pkai msih ok lg nie..selesa rsa mcm x pkai..
“Eh yaka cikgu..Alhamdulillah la..sy blh bg jer”
Ermm bnda baik nie dik kn mklum pd org..klau x kta rsa berdosa..
“Ehh btul jgk tu..guru sy pun ckp mcm 2”
Xpa dik bg no fon esok cikgu jmput adk dtg umh cikgu..blh??
“Ada apa cikgu??”
Dtg jer..klau x kmu brdosa!! sbb cikgu ada ank popuan 4org..
“Oh ok ok..esok sy dtg…”
sUMBER : 

SAY “AHH!” FOR “ALASAN!

SAY “AHH!” FOR “ALASAN!

Masa mula_mula kerja tahun 2007 sebagai pekerja di sektor awam di komtar ,rasa syukur sangat.
Masa itu gaji dalam Rm1200.0+rasa banyakkk sangat. Silap langkah tanpa ilmu mulakan dengan beli kereta myvi loan 10 tahun tanpa muka.( hahaha skrg gelakkan diri sendiri).

Boleh bayang tak gaji masa tu rasa dah BESARlah sangat!!(mata kat atas tangan di bahu)
Lepas tak sampai setahun, apply kerja lain dlm perkhidmatan awam juga. Gaji naik 4x ganda. Fuh rasa best sangat…! Syukur.

Sebab masa tu , kawan2 masih belajar.maka sendiri pilih nak stop belajar kerja dan buat pjj. Tapi, sampai sekarang ini ingat bahawa ketentuan allah swt itu terbaik.
Kurang ‘loan’ ptptn , sbb nk belajar x guna ptptn masa degree.
Tahun 2009 hujung tahun, kahwin. Ingat sama2 kerja gaji dah cukup lumayan. Memang happy …nak beli apa ada dan cukup.
Sampailah bila masa hujung tahun 2011, terlintas di fikiran allah set bukakan pintu hati memikirkan masa depan.

Macamana nak beli rumah, gaji naik setahun rm200+,hantar anak mengasuh lagi.. nak beli beg tangan jenama…huhuhu..dah rasa ni keperitan..hahah namapun wanita kan!!
Masa ini anak seorang.dah mula pikir-pikir…rancang ngn husbnd, mcmna jika anak 2,3 dan 4 ni.
Sampai bila nk hidup biasa-biasa.?

Bila nk p haji ni.takkan umur pencen. Takkan nk menyewa sehingga anak2 dah sekolah. Fuh kami laki bini dah mula panas!

Masa 2012 awal2 ni mula menggagau sana sini nk mula business. Tak pandai lagi masa ni.
Mula2 dgn MLM, terjebak ngn 2 MLM jugalah.keciwa..
Pastu..pergi belajar FB POWER. Mula jumpa rakan-rakan baru awal 2013. Sinilah titik permulaan. Bulan feb 2013. Satu kelas ke satu kelas..kami hadir, sehingga lah kelas IMKK ‪#‎DAO‬ July 2013. Sini baru jumpa, penyebab yg sebelum ni asyik langgar diding.

Allahurabbi..
Syukur sangat.
Jika sebelum ni nak sara mak ayah bagi rm100 pun berkira.lepas kelas IMKK, kami buat apa yg mentor ajar dlm kelas. Sedekah 10% drp apa yg ada. Bagi mak ayah elaun bulanan 300% naik drp sebelum hadir kelas.

Memang nampak hasilnya.
Malunya pada allah swt, sebelum ini ingat solat hajat nak periksa besar jer, nak solat tahajjud dgn solat taubat bila ada dosa jer..tak sedar diri..dosa ni hari-hari buat.
Perubahan demi perubahan kami alami.

Skrg ni kami tak perlu susah payah nak cari rezeki. Sebab guna apa ilmu yg ada kita sebenarnya mudah utk menjemput rezeki berbanding mencari.
Wpun skrg kami business online JER… tapi kami bersyukur , sekurang-kurangnya pendapatan kami sekeluarga meningkat 1/3 drp gaji kami suami isteri.
Nampak ke nampak? Bila matlamat jelas maka, hasilnya akan lebih jelas.
Kami tak malu memulakan sesuatu wpun jual nasi ayam tepi jalan. (Ini tak ramai tahu!).

Doakan hasil drp usaha ini dan barakah drp allah swt hajat kami terbesar adalah menjejakkan kami ke tanah suci bersama keramat hidup kami hujung tahun 2015.
(Doakan yer).

Sebab apa yg kami lalui, kami berani mengajak org di luar sana.marilah bangkit berniaga. Kenapa nk pandang lekeh pada peniaga wpun online , sedangkan anda tak tahu drp online juga boleh beri anda gaji Rm1000-RM4000 sebulan tanpa perlu susah payah.

Tak der ilmu, cari ilmu.
Tak der modal buat dropship.
Nak untung lebih, korbankan duit make up sebulan mulakan dgn apa yg ada waima RM199 dah boleh mulakan business.

Jom lah berubah.
Pikir dimana kita 10 tahun akan dtg.
Kalau sakit hosp mana kita nak pergi.
Anak sekolah mana yg terbaik.
Apa kita nk beri pada keramat hidup kita sebagai balasan membesarkan kita tanpa kita berlapar. Masa kita kecil.
Sedar sekarang sebelum terlambat. Menyesal nanti tak berguna.
Hanya menulis drp pengalaman pahit manis kehidupan dr 2007-sekarang.

Jika nak belajar.atau nak kongsikan sesuatu wassap/pm.
Insyaallah mana termampu akan dijawab.
Semoga kita semua hidup bermatlamat dan niat semuanya kerana allah swt.
Mohon maaf jika ada pihak yg tersinggung dgn kata-kata. Tidak terniat cuma sentiasa berdoa agar rakan-rakan di luar sana dimurahkan rezeki hendaknya.amin.

Ummi_nani
‪#‎cantekmanees‬
‪#‎umminanijuzq30‬
*gambar hiasan usahawan drp cantek manees. Mereka juga org yg bangkit demi matlamat mereka.
Tahniah.