Month: February 2013


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu – Prof Dr Muhaya

1. ‘Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.’
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. ‘Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.’
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. ‘Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!’
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. ‘Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.’
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. ‘Agak-agaknya Saya Faham.’
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. ‘Banyaknya Nak Kena Ingat.’
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. ‘Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.’
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. ‘Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.’
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. ‘Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.’
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. ‘Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.’
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.





lampin bayi moden- BABYLAND CD

dicopy daripada : 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Berapa banyak anda telah habiskan untuk membeli lampin pakai buang untuk anak kesayangan anda setiap bulan?


Berapa kali anda telah bersedih kerana kulit punggung anak anda yang halus mulus itu merah-merah kerana sensitif dengan material lampin pakai buang?

Tidakkah anda risau setiap kali anak anda yang comel itu mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap kanser kesan daripada pemakaian lampin pakai buang?

Sudah tentu kita sebagai umi yang bersusah payah melahirkan anak yang dikandung sehingga 42 minggu ini tidak sanggup membenarkan perkara ini terjadi kepada anak kita yang lahir tanpa sebarang dosa malah membawa kebahagiaan kepada kita suami isteri.


Nyamuk pun kita marah bila anak kita digigitnya.. Apatah lagi bila perkara yang saya katakan di atas terjadi kepada anak kita..

Kenapa kita perlu biarkan anak-anak kita mengalami perkara sebegini sedangkan kita ada alternatif yang jauh lebih baik lagi menjimatkan..

Saya pun dulu seperti anda. Pakai lampin pakai buang untuk anak saya. Sebagai umi muda di usia 21 tahun, tentulah ilmu untuk menjaga anak kurang pada dasarnya..

Setelah puas mencari informasi di internet, saya menemui solusinya..


Pertama kali saya menemui Cloth Diapers ini (CD), saya terus tertarik kepadanya kerana reka bentuknya yang menarik. Orang kata, jatuh hati pada pandang pertama.


Seterusnya saya tanyakan tentang kebaikannya dan apa kegunaannya. Langsung hati saya terpaut padanya.


Tetapi jenama tersebut mahal harganya sehingga RM46 untuk 1 CD. Semakin sedih bila diberitahu hanya sabun tertentu sahaja boleh digunakan untuk mencucinya yakni sabun yang mencecah RM18 untuk 1 liter.

Sudah tentu kos saya akan bertambah. Namun, kini tidak lagi kerana sekarang saya telah menemui jenama BABYLAND ini.

Hanya dengan RM18.00 untuk satu keping, saya dapat berjimat sehingga RM2,160.001. Dan, saya bertambah gembira bila diberitahu sabun KUAT HARIMAU dan sabun-sabun murah lain boleh digunakan kerana tidak mengandungi enzim dan pemutih yang boleh mengganggu daya serapan CD.

Sekarang, hanya dengan 1 jenis sabun pencuci, saya boleh gunakan untuk 1 keluarga.

Disebabkan kebaikan dan penjimatannya, saya telah mengambil keputusan untuk menyebarkan kebaikan ini kepada yang baru dengan pendedahan CD ini. Walaupun masih pengguna baru, tapi saya mahu semua umi tahu tentangnya.


 1 Berdasarkan 2 paket M84 lampin pakai buang sebulan. 1 paket berharga RM35.00 secara purata mengikut jenama selepas menolak kos CD untuk 3 tahun penggunaan lampin pakai buang.

Saya tidak menjual jenama lain kerana BABYLAND adalah jenama yang paling murah setelah penyelidikan di internet namun, prestasinya setanding dengan jenama lain malah lebih value for money2

2 Setelah menggunakan jenama lain yang berharga RM46/pc, yang didatangkan hanya dengan 1 insert dan salah 1 butangnya tercabut selepas lebih kurang 4 ke 5 kali penggunaan. 

Walaupun saya boleh memasukkannya semula kedalam outer layer CD, namun saya serik hendak menggunakan butang yang sama. Kebetulan, butang yang tercabut itu di bahagian saiz S.

Jadi, jika saya memakaikan anak saya CD tersebut, saya akan mengenakan saiz M. Nasib saya baik kerana saiz tersebut muat untuk anak saya.

Yang membezakan BABYLAND, butang BABYLAND tidak terlalu kuat, jadi memudahkan saya membuka butang dan memasangnya kembali.


Testimoni dari umi lain, jika mereka menggunakan CD jenis velcro, anak mereka yang berusia 10 bulan sudah pandai membuka velcrosendiri. BABYLAND adalah pilihan yang tepat kerana anak kita sukar untuk mambukanya.


Saya tidak mengalaminya lagi kerana anak kesayangan saya baru berusia 4 bulan pada 2 April 2010. Tambahan lagi, penggunaan velcro memerlukan umi-umi memastikan velcro itu ditutup pada tabnya supaya tidak melekat pada CD lain. Tapi, fungsi velcro itu sama macam lampin pakai  buang.. Ini cuma pendapat saya sahaja.

Walaupun BABYLAND jenama murah yang diimport dari China,BABYLAND mempunyai closure dibahagian belakang CD untuk memastikan insert tidak terkeluar dari dalam CD.

Untuk pembasuhan setiap hari, anda memerlukan lebih kurang 15 CD. Sekiranya anda seperti saya yang kadang-kadang tidak sempat membasuhnya pada hari yang sama, bolehlah menggunakan lebih kurang 20 CD.

Sebelum menggunakan CD yang anda baru beli, pastikan andamembasuhnya dan mengeringkannya dulu. Anda perlu ulangi proses ini sebanyak 3 kali untuk memastikan insert anda mempunyai kuasa penyerapan yang hebat

Proses ini dipanggil prewash. Ada testimoni dari umi lain, yang memakaikan anaknya CD dari jam 12 malam dan menukarnya pada keesokan hari.

Sama seperti penggunaan lampin pakai buang. Tapi janganlah pula anda membiarkan anak kesayangan anda lama dalam CD nya di siang hari. Kesian dia.


Sebab, bila waktu malam, kita kadang-kadang tidak terjaga untuk menukar lampin. 

Ok, balik dari kerja, anda bolehlah mengeluarkan inserts dari CDdan membilasnya dengan air dan perah beberapa kali supaya bau air kencing hilang. Jika anak comel anda membuang air besar, pesan kepada penjaganya supaya membuangkan najis terlebih dulu sebelum meletakkan CD kotor di dalam plastik.

Tidak perlu memberusnya kerana dikhuatiri material dalam CD (microfleece), rosak. Apabila anda membasuh CD yang terkena najis, gosok-gosokkan CD supaya stains hilang. 

Jika tidak hilang, anda boleh mengunakan sabun mandi untuk menanggalkannya. Sebagai alternatif, anda boleh menjemurnya di tengah panas matahari dan stains akan hilang sendirinya.


Selepas sesi pembilasan selesai, masukkan ke dalam mesin basuh dan tambah air yang hangat sedikit. Gunakan sabun Kuat Harimau. Sidai, dan keringkan seperti pakaian lain.


Malah, setelah 3 hari memakai CD dan mengulangi pembasuhannya, saya sudah biasa dan dan cekap membasuhnya. Lagipun, setiap kali pembasuhan, lebih kurang 5 CD untuk 1 sesi basuhan dan 1 sesi basuhan sehari.

Tips, jangan tangguh basuhan CD anda kerana anda akan bosan membasuh CD bila membasuhnya dalam kuantiti yang banyak. 

Apa yang penting, segalanya boleh dirunding jika berminat membeli dalam kuantiti yang banyak.

Terima kasih meluangkan masa membaca..Mulanya saya rasa sangat leceh. Lebih mudah pakai lampin pakai buang kan. Tidak perlu fikir pekara sebegini. Terus buang. Namun, kerana inginkan yang terbaik untuk anak saya, berkorban sedikit tidak mengapa. Mungkin memang naluri seorang umi memang sanggup berkorban untuk anak-anaknya.




CATATAN UTK SUAMI TERSAYANG

CATATAN INI ADALAH UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SUAMIKU BERNAMA 
MOHD MUA’ZAM BIN MOHD NAWAWI.

SAYANG, 
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SUAMIKU DAN MENJADIKAN AKU ISTERIMU.
PENGORBANAN YANG KAU BERIKAN AMAT BERMAKNA UNTUKKU.
BUKAN KU PINTA INGIN MELAHIRKAN ANAK DI SUATU TEMPAT YANG MAHAL KOSNYA MENCECAH HAMPIR 8K, 
NAMUN AKU FAHAM AKAN DIRIKU SEBAGAI ISTERI KEPADA MU..AURAT KU HANYA UTK MU SUAMIKU..

TERIMA LAH HADIAH YANG CUKUP BERMAKNA. 

DUA ORG PUTERA KESAYANGAN KITA .


MUHAMMAD AFEEF MUSTAQIM

MUHAMMAD AFEEF MUHAIMIN
Jaga solat, doa semoga diri kita dan anak dlm kandungan berada dalam perlindungan Allah , jaga lah aurat, sebaik2nya pilih doktor perempuan kerana yang berhak menyentuh / melihat kemaluan kita adalah suami melainkan darurat baru di bolehkan…
Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu

Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.


Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.