Month: June 2012

Pulau Lagenda/ Langkawi

Pulau Langkawi – 26 Jun 2012. Bertolak sewal pagi jam 0600 am dari rumah mak..naik feri ke Langkawi jam 0700 pagi..awal kan…Masa nak naik kelakar, Mustaqim cakap , “kut…kut…”..la rupanya takut dgr bunyi feri …Hinggakan dia berlari nak balik…hahhaahha macho tapi jiwa kecik..Dah berada dalam feri, jauh sikit jalan..dah okay….alhamdulillah…kalau tak..fuh penat nk melayan..
Kami hanya p Underwaterworld shj. Ye la dah pusing habis Langkawi ni, tak tau dah nak p mana.
Fees nak masuk  RM28.00 , mustaqim bawah 2 tahun free…untung2x.

 

 

 

 

 

 

 

 

~Potret Keluarga~

 

~ Potret kami sekeluarga~

 

 

~ Banyaknya ikan~

 

~ Anak dan abah bila bermesra..hehehe~

 

 

~Gaya melompat..pandainya dia…mi..mi..pat mii…, rupanya nk lompat…kelakar budak kecik nii~

 

~Mr Suami yang segak bergaya~

 

 

 

~Pasangan sejoli…~

 

 

~Nak bergambar, aduhhh anak sapa la ni..dah la panas terik tapi sanggup bergaya~

 

~Di tepi Pantai Chenang…sementara menunggu Undewater WorlD buka jam 1000pagi~
Dah jalan2 kat Underwaterworld, kami terus ke IDAMAN SURI..semua tahu kan kenapa ke sana..mesti la shopping pinggan mangkuk… apa lagi Mr Suami pun kaki pinggan mangkuk, katanya pilih je nk yng mana..maka..teng..teng..tenggg….
Pilih Set Correll bunga merah..opsss xdak gambar.. ambik yang x dak set cawan RM330.00(2 set) ..dan Corningware Correlle baru RM475.00… habis shopping di Idaman Suri, kami makan dulu…dekat Restoran Nelayan Penarak..
Sambung shopping di Haji Ismail Group…saja jejalan….survey set Correll yang sama..tup..tup..tup harga nya RM 389.00 fuhhh beza harga RM60.00 …so, kalau nk shopping p la IDAMAN SURI… MURAH!…
X banyak coklat beli..kalau beli pun bukan nya makan sangat pun… and Mr Suami beli 1 beg troli POLO…untuk kegunaan Mr Suami kalau outstation..bergaya la sikit dan senang simpan barang..
Kami sewa kereta MYvi RM50.00 je..murah kan…isi minyak RM20.00 pun x luak  pun..kalau tahu isi RM10-15 je kan…rugi sikit…sbb minyak banyk lebih dalam tangki…
Kami bertolak balik feri jam 5.00ptg ..bukan apa kami lepak di Dataran Helang pun kat sejam. Sempat la kami anak beranak berposing2 dulu…Mustaqim la suka tgk “air..airr….”…
Sekian , harap nanti ada rezeki dapat berjalan2 di tempat lain pula…insyaallah.

 

Taman Ular PERLIS

26 JUN 2012.. Dah lama tak pergi taman ular…ini dia….gambar kami sekeluarga di taman Ular, Perlis. Masa ini arwah ayah sihat lagi, untung kami dapat pergi dengan arwah.Along pun masih kecil. Gemuks..hahah

Jarak taman ular ke rumah dalam 40mint sahaja. Dan entry ini Ummi hanya masukkan gambar pada 2012, ni baru nak update semula. Cuma nak bagi info lain tu tak ada, boleh pergi tengok ular dan buaya sahaja. Fees masuk pun murah jer, tak smapai RM10.00. Ini beza taman ular Perlis dengan Melaka. Tapi jimatlah orang Perlis nak bawa anak-anak berjalan-jalan kan.

Dari Kangar ke Taman Ular Perlis hanya ambil masa dalam 30mint. Dan kalau mai sini dalam bulan 3-5 mungkin ada rezeki nak merasa mempelam harum manis. Sebab nak sampai ke kawasan ini, ada jual harum manis yang sangat banyak kalau kena masa yang sesuai.

~Lawatan dengan baget paling rendah~
BYE-BYE

Jengka, Pahang

Ni last visit ke Pahang tahun lepas…best nya jumpa sedara-sedara …Tercapai hasrat mak dan ayah nk pergi melawat sedara di Jengka…hehehe..alhamdulillah sebagai anak dapat tunaikan hasrat mereka…

*mustaqim dgn tok ngah sebelah Johor*
*dgn tok chu sebelah Johor*

 *besarnya patin..puas habiskannya dgn Mr Suami*

 

 *air tangan suami memasak..sedap…gulai lemak patin*

 

 

 *dgn mak long dan pak long sebelah mak Johor…anak dah besar baru kenal sedara…ye la jauhkan..*

 

 

 

 * hahahaha apa la gaya main dgn tok wan dia niii..*

 

 

 

 

 

*Ini la kami panggil che yah…anak sedara ayah…masa arwah yg lelaki ada, xkesempatan nak p Pahang..xpe la kalau la arwah tahu,mesti arwah seronok paksu dia mai pahang kan..*

 

PERAHAN OTAK UNTUK EXAM

Dah hampir 3 minggu berjuang untuk habiskan exam ini penat rasanya. Walaubagaimanapun perjuangan tetap diteruskan. Mula exam pada 5 Jun 2012, huh dgn killer paper JKE 212..tau x sebb apa killer paper..Sebabnya asignment xbuat, buku x baca..hahahaha.
Seterusnya lain-lain paper major antropologi dan sosiologi okay la..hope ni boleh score A+ ..Hhhehehe terima kasih kepada lecturer yg memahami dan ada bagi tips sikit…
Rasanya tahun ini punya exam la best..sbb apa tau…ada persaingan sengit dgn Mr Suami..hehehe nampak gayanya Mr Suami berusaha sungguh-sungguh tahun ini..termasuk member bff Dursina Suraya..hahahahah..sengit ke…xpe kita bersaing secara sihat..Tu belum termasuk Si Siti Aliana.(Ena) hahahahah…
Berjuang punya berjuang ni dah nk paper terakhir…buka dengan ekonomi dan tutup pun dgn ekonomi…apa la nasib..xpa yg penting usaha,..dan sebab utama ada masa nak update blog ini adalah kerana otak dah jem..hahahaha.
Berharap sangat segalanya berjalan dengan baik..INSYAALLAH…

DOA CEPAT FAHAM

Do’a Mohon Cepat Dapat Memahami Ilmu
24 Mei 2006 19:44:51 | Share
Bacalah Do’a di bawah ini ketika hendak mempelajari ilmu
اللهم الهمنى علما اعرف به اوامرك واعرف به نواهيك وارزقنى. اللهم بلاغة فهم النبيين وفصاحة حفظ المرسلين وسرعة الهام الملائكة المقربين واكرمنى. اللهم بنور العلم وسرعة الفهم واخرجنى من ظلماتالوهم وافتح لى ابواب رحمتك وعلمنى اسرار حكمتك يارب العا لمين|
Alloohumma alhimnii ‘ilman a’rifu bihi awaamiroka wa a’rifu bihi nawaahiyaka warzuqnii. Alloohumma balaghota fahmin nabiyyiina wa fashoohati hifdlil mursaliina wa sur’ati ilhamil malaa’ikatil muqorro biina wa akrimnii. Alloohumma bi nuuril ‘ilmi wasur’atil fahmi wa akhrijnii min dlulumaatil wahmi waftah lii abwaaba rohmatika wa allminii asrooro hikmatika yaa robbal ‘aalmiina.
Artinya: Wahai Allah, ilhamilah aku dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk mengetahui semua suruhan_Mu dan berilah aku rizqi. Wahai Allah, sampainya kefahaman yang mendalam dari para nabi dan kefashihan hafalan  para Rosul  serta cepatnya ilham para malaikat muqorrobiin, maka karunianikanlah kepada ku. Wahai Allah,  dengan chaya ilmu dan cepat tanggap dalam kefahaman serta keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan dan dan bukakanlah untukku semua pintu rahmat_Mu dan ajarkanlah kepadaku rahasia hikmah_Mu. Wahai Tuhan semesta Alam.